Di Batu Kikir, Kuala
Pilah. Peralatan peribadi
beliau terdapat di sini.
Kiri: Foto Zaaba sumber
dari internet.
satu-satunya buku yang ada dalam simpanan |
Bangsa Melayu dan Malaysia terhutang budi kepada beliau terhadap sosok bernama Zainal Abidin Ahmad atau Zaaba. Sumbangan beliau sangat besar terhadap Bahasa Melayu dan beliau juga dikenali sebagai seorang nasionalis Melayu . Beliau dilahirkan pada 16 September 1895 di Kampung Batu Kikir, Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Bapanya Ahmad bin Ibrahim adalah seorang yang alim dan warak. Oleh itu, sejak berumur 5 tahun lagi Zainal Abidin telah diajar oleh bapanya membaca Al-Quran .Pendidikan rasminya bermula pada tahun 1907 di Sekolah Menengah Linggi, beliau turut juga belajar Bahasa Arab di sebelah petang.
1910:- Melanjutkan pelajaran di St. Paul's Institution di Seremban hingga lulus Senior Cambridge dan merupakan orang Melayu pertama menduduki peperiksaan Senior Cambridge dan lulus peperiksaan pada 1915
1916:- Bertugas sebagai guru Bahasa Melayu di English College, Johor Bahru . Pada tahun ini juga, beliau bertugas sebagai guru Bahasa Melayu dan penterjemah di Maktab Melayu, Kuala Kangsar. Disini beliau mula berminat dalam bidang karang-mengarang. Beliau telah menghasilkan beberapa karyanya untuk akhbar dan majalah tempatan terutamanya dalam Bahasa Inggeris.
1939:- Bertugas di Pejabat Penerangan Singapura. Ketika itu beliau menulis buku-buku mengenai pendidikan Melayu. Semasa zaman Jepun, Zaba bertugas sebagai juruhebah perang dalam Bahasa Inggeris di radio Singapura.
1942:- Pusat Pengajian Kajian Timur dan Afrika, Universiti London sehingga 1951
1946:- Zaba bertugas pula sebagai Penterjemah Kanan Bahasa Melayu di Pejabat Pelajaran Kuala Lumpur
Beliau telah dianugerahkan:
1956:- Gelaran Pendeta di Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu Ketiga
1959:- Ijazah Kehormat dan Persuratan dari Universiti Malaya
1973:- Ijazah Kehormat dan Persuratan dari Universiti Kebangsaan Malaysia
1962:- Panglima Mangku Negara yang membawa gelaran Tan Sri
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.