Gajah mati meninggalkan gading
Harimau mati meninggalkan belang
Manusia mati meninggalkan nama
Manusia mempunya berbagai perangai dan kehendak. Manusia ada berbagai kaedah menyalurkan perasaan, marah, suka dan sedih, ada yang berjuang melalui agama, perniagaan dan juga politik.
Entry kali ini ingin menyentuh orang yang menceburi politik sabagai wadahnya pada awal-awal Malaysia merdeka yang juga dikenali sebagai 'Angry Young Man' dari Negeri Sembilan. Samad Idris panggilan dikalangan masyarakat, anak yang pertama dari empat orang adik beradik dua lelaki dan dua perempuan . Adik kedua lelaki bernama Sidek, Sawiyah dan Se'ah (acik Se'ah nama sebenar tidak diketahui). Oleh kerana beliau yang pertama jadi kami memanggilnya Ulung Somah. Panggilan itu dikalangan kami dari sebelah Uwan (nenek) dan kalau dari sebelah isteri beliau Pak Lang. Dilahirkan 23 Okt 1923 di Bukit Tempurung sekampung dengan allahyarham ayahanda saya.
Beliau juga pernah menjadi wartawan, penulis, peniaga, Exco kerajaan pernah memangku jawatan Menteri Besar Negeri Sembilan, timbalan menteri persekutuan dan jawatan terakhir sebagai Menteri Kebudayaan Belia Dan Sukan. Selain bekedai runcit dikampung beliau juga antara orang yang menubuhkan kenderaan melayu- tapi namo omputih The Malay Transport Co. (S.M) Ltd 1946.
Foto-foto dari internet antaranya dari tuan Rosdy; (izinkan saya menggunakan gambar tu ye...)
Foto-foto dari internet antaranya dari tuan Rosdy; (izinkan saya menggunakan gambar tu ye...)
stesyen bas lama kuala pilah 1954 (saya edit sedikit gambarnya) |
DUA CERITA dibawah ini saya namakan siaran lewat untuk kenagan saya dan tatapan pembaca sekelian. Baru teringat setelah entry tentang Dato' Samad saya postkan.
Bagi diri saya, ada dua cerita yang tak akan saya lupakan tentang Ulong Somah dengan saya. Ketika itu saya masih lagi kecil dalam lingkungan umur empat atau lima tahun. Kami sekampung dengan bonda beliau. Kedudukan rumah bondanya dengan rumah emak saya tidak jauh. Rumah bondanya dibahagian darat dan
rumah emak saya di bahagian baruh. Sesekali beliau pulang untuk menjengah bondanya tidak dapat tidak beliau mesti melalui halaman rumah emak saya untuk ke darat rumah bondanya. Satu hari tu saya telah 'pau' ini YB. Berdentang saja pintu pagar yang diperbuat dari kayu dan beliau berada dihalaman rumah dengan
tidak ada mukadimah lagi saya terus berkata, "Long, mintak duit merah..." Ayah dan emak saya hanya memandang kelakuan saya dan berpandangan antara mereka. Beliau hanya tersenyum dan hanya sempat berkata, "ekau ni...hah.."sambil menghulurkan note merah gamba kobau. Dan beliau pun meneruskan perjalanannya ke darat. Rupanya duit merah yang saya minta itu merupakan duit sepuluh ringgit. Oooo patutlah.
Kesah kedua pula, satu hari saya tengah bermain-main ditepi denai berhampiran kolam atau paya nak menghala ke rumah sambil cuba menangkap anak ikan dan udang tiba-tiba datang dua orang perempuan. Seorang agak berumur dan seorang lagi masih muda. (anjat juga boboi). " Dik...dik...mana rumah Datuk
Samad?" Tanya perempuan yang berumur yang mengenakan pakaian seolah kebaya labuh. Perempuan yang lebih muda seperti berpakaian bintang filem dalam layar hitam putih, yang baru dewasa ini saya maklumi. Dengan tidak banyak soal lagi saya terus saja menunjukkan rumah Wan Aji.(Itulah panggilan kami kepada bonda Dato' Samad). Inilah dua cerita yang tidak akan saya lupakan sampai bila bila dan tetap terpahat dihati.
Selepas bersara politik beliau tidak 'bersara' dalam erti kata bersara duduk dirumah tetapi telah dilantik sebagai Pengerusi FINAS, Pengerusi Perbadanan Muzium Negeri Sembilan, Pengerusi Bank Pembangunan, Pengerusi Kraftangan Malaysia.
Pendidikan awal beliau ialah sekolah Melayu Seri Menanti. Telah diberitahu kepada saya sekarang tapak sekolah tersebut padang Seri Menanti dan juga Dewan berhampiran kelinik kesihantan dan Tasik Londa Nago. Seingat saya buku pertama beliau ialah Takhta Kerajaan Negeri Sembilan yang diterbitkan pada tahun 1961. Beberapa iklan perniagaan terdapat dalam buku ini untuk menanpung penerbitannya, mungkin kerana kos, banyak juga tersalah ejaan lantaran mungkin tiadanya pembaca proof dan setting taipnya.
Kulit luar dah tak ado lai Saya masih mencari citakan terkini buku ini |
Antaranya |
Juga jangan lupa membaca seterusnya kehidupan beliau yang tidak sempat dicoretkan disini melalui buku Biografi nukilan allahyarham Abdul Muluk Daud atau Dharmala N.S.
Update
Saya menjadi keliru kampung kelahiran sebenar Dato' Seri Utama Tan Sri Abdul Samad Idris, kerana dalam biodata tulisan beliau kampung kelahiran disebutkan sebagai Kampung Tanah Datar. Juga seingat saya bertahun hidup di kampung itulah rumah ibunya yang bernama Hajah Sejuk bt Othman yang bersaudara adik-beradik dengan Fatimah bt Othman. Kalau mengikut suku (dalam adat) mereka adalah bersuku Tanah Datar Lingkungan. (atau Air Kaki).
Perhatikan harga buku ini di internet (mungkinkah ia dalam pemilikan orang asing) alangkah baiknya kalau aku memilikinya |
Antara senarai buku |
Sebahagian perjalanan kerjayanya |
No comments:
Post a Comment