Sunday, August 31, 2014

Year 1957@ 57 Years

YANG TIDAK DIDENDANG


Penduduk Kuala Pilah



Ishak & Dr Burhanuddin & Ahmad Bostamam








Kiri: Mat Kilau
Kanan: Pak Sako






Tuesday, August 26, 2014

Kelahiran Kuala Pilah (Lain-Lain)

Serba ringkasnya di bawah ini beberapa orang lagi sosok yang lahirnya di Kuala Pilah dan anda boleh merujuknya pada link yang saya bagikan.

Tun Ghafar Baba

Dilahirkan di kampung Tobek Kogheng, Kolo Pilah 18 Februari 1925. Kampung yang agak terpencil pada waktu itu. Pendidikan terakhir di Maktab Perguruan Sultan Idris, Tanjung Malim (sekarang UPSI) dari 1946-1949. Berada dalam politik sejak Malaysia Merdeka dengan berbagai-bagai jawatan. Seorang yang setia kepada partinya. Jawatan terakhir beliau ialah Timbalan Perdana Menteri dibawah Tun Mahathir Mohammad dari bulan Mei 1986 hinggga Oktober 1993. Beliau pernah menyandang jawatan pemangku Presiden MCA sewaktu pergolakan antara Tan Koon Swan dengan Tan Sri Neo Yee Pan-antara 1983 -1985. Anda boleh baca di sini. Pada tahun 1989 memangku jawatan Perdana Menteri sewaktu Dr Mahathir menjalani pembedahan jantung. Tun Ghafar kembali kerahmatullah pada 23 April 2003.


Tan Sri Abu Zahar Ujang

Lulusan undang-undang Lincoln's Inn, London. Bekas presiden Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia. Pernah menjadi presiden Persatuan Peguam-peguam Muslim Malaysia. Juga pernah menjawat Timbalan Penguasa di Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman tahun 1979. Mulai 26 April 2010 menjawat Yang Dipertua Dewan Negara hingga sekarang, baca link di sini. Pernah menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri Pilah dari 1986 - 1995 dan pernah menjadi Ahli parlimen Kuala Pilah 1995 - 1999.


Jeneral Tan Sri Dato' Abdul Aziz Zainal

Dilahirkan pada 26 Ogos 1951. Pernah memimpin MALCON III kontijen Malaysia di Bosnia dibawah NATO dari 1996-1997. Panglima Tentera Darat ke 21 dari 9 September 2004 hingga 31 Januari 2007. Jawatan terakhir dalam perkhidmatan tentera sebagai Panglima Angkatan Tentera dari 1 Februari 2007 hingga 31 Ogos 2009. Setelah bersara dari perkhidmatan tentera selama 40 tahun beliau pernah dilantik sebagai duta Malaysia ke Perancis pada 3 Julai 2010. 

Selamat mambaca...

Lain-lain rujukan di sini dan di sini

Saturday, August 23, 2014

Malaysia Berkabung - 20 Jenazah Tiba

Antara yang sangat terasa pada kita adalah perbuatan anak ini. Semuga ahli keluarga tabah menghadapi semua dugaan ini.Kita wajib percaya kepada Kadaq dan Qadar Nya, Allah pencipta alam. Dialah yang mempunyai kekuasaan dilangit dan dibumi.


Berita dibawah disedut di sini

Jenazah Mastura Mustafa selamat dikebumi di Paroi

on FRIDAY, AUGUST 22, 2014 
SEREMBAN: Jenazah kru Penerbangan Malaysia (MAS) MH17, Mastura Mustafa, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Paroi Jaya di sini, sebentar tadi.


Suasana pilu menyelubungi kawasan itu apabila jenazah yang diangkat dalam keranda berselubung bendera Malaysia oleh anggota tentera dimasukkan ke dalam liang lahad.



Majlis pengebumian dengan istiadat ketenteraan yang bermula jam 2.30 petang itu disaksikan kira-kira 2,000 orang termasuk ahli keluarga, saudara mara dan sahabat handai Mastura.



Jenazah turut diiringi bapanya, Mustafa Abdul Samad, 83; suami, Mohamed Affendi Khairuddin, 43 dan anak tunggalnya, Muhriz Marzaidi, 10.


Turut hadir, Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan.


Terdahulu, selepas solat jenazah di Masjid At-Taqwa, Paroi, di sini, Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir dan Mohamad dilihat menenangkan Mustafa yang tidak dapat menahan kesedihan ketika ahli keluarga rapat diberi masa 10 minit menghampiri keranda jenazah sebelum dibawa ke tanah perkuburan.

....ooooOOOOoooo....

Berikut adalah foto-foto dari FB YAB  Dato' Seri Utama Haji Mohamad Bin Haji Hasan yang lain-lain ada di sini











Semuga aman disana - #justice MH17

Hanyalah al-fatihah dari kita yang tinggal ini.









Friday, August 15, 2014

Kelahiran Kuala Pilah (IV)

Kanan: Teratak Zaaba
Di Batu Kikir, Kuala
Pilah. Peralatan peribadi
beliau terdapat di sini.

Kiri: Foto Zaaba sumber
dari internet.

satu-satunya buku yang ada dalam simpanan
Bangsa Melayu dan Malaysia terhutang budi kepada beliau terhadap sosok bernama Zainal Abidin Ahmad atau Zaaba. Sumbangan beliau sangat besar terhadap Bahasa Melayu dan beliau juga dikenali sebagai seorang nasionalis Melayu . Beliau dilahirkan pada 16 September 1895 di Kampung Batu Kikir, Kuala Pilah, Negeri Sembilan.  Bapanya Ahmad bin Ibrahim adalah seorang yang alim dan warak.  Oleh itu, sejak berumur 5 tahun lagi Zainal Abidin telah diajar oleh bapanya membaca Al-Quran .Pendidikan rasminya bermula pada tahun 1907 di Sekolah Menengah Linggi, beliau turut juga belajar Bahasa Arab di sebelah petang. 


1910:- Melanjutkan pelajaran di St. Paul's Institution di Seremban hingga lulus Senior                             Cambridge dan merupakan orang Melayu pertama menduduki peperiksaan Senior                     Cambridge dan lulus peperiksaan pada 1915

1916:- Bertugas sebagai guru Bahasa Melayu di English College, Johor Bahru .  Pada tahun                 ini juga, beliau bertugas sebagai guru Bahasa Melayu dan penterjemah di Maktab                      Melayu, Kuala Kangsar.  Disini beliau mula berminat dalam bidang karang-mengarang.              Beliau telah menghasilkan beberapa karyanya untuk akhbar dan majalah tempatan                       terutamanya dalam Bahasa Inggeris.     
1939:- Bertugas di Pejabat Penerangan Singapura. Ketika itu beliau menulis buku-buku                         mengenai pendidikan Melayu.  Semasa zaman Jepun, Zaba bertugas                                           sebagai juruhebah perang dalam Bahasa Inggeris di radio Singapura.  
1942:- Pusat Pengajian Kajian Timur dan Afrika, Universiti London sehingga 1951
1946:- Zaba bertugas pula sebagai Penterjemah Kanan Bahasa Melayu di Pejabat Pelajaran               Kuala Lumpur
Beliau telah dianugerahkan:
1956:- Gelaran Pendeta di Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu Ketiga
1959:- Ijazah Kehormat dan Persuratan dari Universiti Malaya
1973:- Ijazah Kehormat dan Persuratan dari Universiti Kebangsaan Malaysia
1962:- Panglima Mangku Negara yang membawa gelaran Tan Sri
23 Oktober 1973:- Kembali kerahmatullah.

rujukan:disini



Tuesday, August 5, 2014

Kelahiran Kuala Pilah (III)

Gajah mati meninggalkan gading
Harimau mati meninggalkan belang
Manusia mati meninggalkan nama

Manusia mempunya berbagai perangai dan kehendak. Manusia ada berbagai kaedah menyalurkan perasaan, marah, suka dan sedih, ada yang berjuang melalui agama, perniagaan dan juga politik.

Entry kali ini ingin menyentuh orang yang menceburi politik sabagai wadahnya pada awal-awal Malaysia merdeka yang juga dikenali sebagai 'Angry Young Man' dari Negeri Sembilan. Samad Idris panggilan dikalangan masyarakat, anak yang pertama dari empat orang adik beradik dua lelaki dan dua perempuan . Adik kedua lelaki bernama Sidek, Sawiyah dan Se'ah (acik Se'ah nama sebenar tidak diketahui). Oleh kerana beliau yang pertama jadi kami memanggilnya Ulung Somah. Panggilan itu dikalangan kami dari sebelah Uwan (nenek) dan kalau dari sebelah isteri beliau Pak Lang. Dilahirkan 23 Okt 1923 di Bukit Tempurung sekampung dengan allahyarham ayahanda saya.

Beliau juga pernah menjadi wartawan, penulis, peniaga, Exco kerajaan pernah memangku jawatan Menteri Besar Negeri Sembilan, timbalan menteri persekutuan dan jawatan terakhir sebagai Menteri Kebudayaan Belia Dan Sukan. Selain bekedai runcit dikampung beliau juga antara orang yang menubuhkan kenderaan melayu- tapi namo omputih The Malay Transport  Co. (S.M) Ltd 1946.

Foto-foto dari internet antaranya dari tuan Rosdy; (izinkan saya menggunakan gambar tu ye...)


stesyen bas lama kuala pilah 1954 (saya edit sedikit gambarnya)



DUA CERITA dibawah ini saya namakan siaran lewat untuk kenagan saya dan tatapan pembaca sekelian. Baru teringat setelah entry tentang Dato' Samad saya postkan.

Bagi diri saya, ada dua cerita yang tak akan saya lupakan tentang Ulong Somah dengan saya. Ketika itu saya masih lagi kecil dalam lingkungan umur empat atau lima tahun.  Kami sekampung dengan bonda beliau. Kedudukan rumah bondanya dengan rumah emak saya tidak jauh. Rumah bondanya dibahagian darat dan 
rumah emak saya di bahagian baruh. Sesekali beliau pulang untuk menjengah bondanya tidak dapat tidak beliau mesti melalui halaman rumah emak saya untuk ke darat rumah bondanya. Satu hari tu saya telah 'pau' ini YB.  Berdentang saja pintu pagar yang diperbuat dari kayu dan beliau berada dihalaman rumah dengan 
tidak ada mukadimah lagi saya terus berkata, "Long, mintak duit merah..." Ayah dan emak saya hanya memandang kelakuan saya dan berpandangan antara mereka. Beliau hanya tersenyum dan hanya sempat berkata, "ekau ni...hah.."sambil menghulurkan note merah gamba kobau. Dan beliau pun meneruskan perjalanannya ke darat. Rupanya duit merah yang saya minta itu merupakan duit sepuluh ringgit. Oooo patutlah.

Kesah kedua pula, satu hari saya tengah bermain-main ditepi denai berhampiran kolam atau paya nak menghala ke rumah sambil cuba menangkap anak ikan dan udang tiba-tiba datang dua orang perempuan. Seorang agak berumur dan seorang lagi masih muda. (anjat juga boboi). " Dik...dik...mana rumah Datuk 
Samad?" Tanya perempuan yang berumur yang mengenakan pakaian seolah kebaya labuh. Perempuan yang lebih muda seperti berpakaian bintang filem dalam layar hitam putih,  yang baru dewasa ini saya maklumi. Dengan tidak banyak soal lagi saya terus saja menunjukkan rumah Wan Aji.(Itulah panggilan kami kepada bonda Dato' Samad). Inilah dua cerita yang tidak akan saya lupakan sampai bila bila dan tetap terpahat dihati.

Selepas bersara politik beliau tidak 'bersara' dalam erti kata bersara duduk dirumah tetapi telah dilantik sebagai Pengerusi FINAS, Pengerusi Perbadanan Muzium Negeri Sembilan, Pengerusi Bank Pembangunan, Pengerusi Kraftangan Malaysia.


Pendidikan awal beliau ialah sekolah Melayu Seri Menanti. Telah diberitahu kepada saya sekarang tapak sekolah tersebut padang Seri Menanti dan juga Dewan berhampiran kelinik kesihantan dan Tasik Londa Nago. Seingat saya buku pertama beliau ialah Takhta Kerajaan Negeri Sembilan yang diterbitkan pada tahun 1961. Beberapa iklan perniagaan terdapat dalam buku ini untuk menanpung penerbitannya, mungkin kerana kos, banyak juga tersalah ejaan lantaran mungkin tiadanya pembaca proof dan setting taipnya.

Kulit luar dah tak ado lai
Saya masih mencari citakan terkini buku ini

Dibawah ini beberapa buku samaada sebagai penyusun atau penasiha,t diselenggara, dikarang diterbitkan oleh beliau khususnya sebagai seorang Pengerusi Perbadanan Muzium Negeri Sembilan.

Antaranya
Juga jangan lupa membaca seterusnya kehidupan beliau yang tidak sempat dicoretkan disini melalui buku Biografi nukilan allahyarham Abdul Muluk Daud atau Dharmala N.S.


Hanya al-fatihah yang dapat dikirimkan kepada semua nama yang disebutkan dalam entry ini.

Update

Saya menjadi keliru kampung kelahiran sebenar Dato' Seri Utama Tan Sri Abdul Samad Idris, kerana dalam biodata tulisan beliau kampung kelahiran disebutkan sebagai Kampung Tanah Datar. Juga seingat saya bertahun hidup di kampung itulah rumah ibunya yang bernama Hajah Sejuk bt Othman yang bersaudara adik-beradik dengan Fatimah bt Othman. Kalau mengikut suku (dalam adat) mereka adalah bersuku Tanah Datar Lingkungan. (atau Air Kaki).

Perhatikan harga buku ini di internet (mungkinkah ia dalam pemilikan orang asing) alangkah baiknya kalau aku memilikinya


Antara senarai buku



 Sebahagian perjalanan kerjayanya


Saturday, August 2, 2014

Cerita Aidilfitri

Masjid Di Raja Tuanku Munawir Seri Menanti pada 1 Syawal 1435H bersamaan 28 Julai 2014M.











Bila pedagang meninggalkan pelabuhan, bila perantau meninggalkan kampung kerana bila ringgit diutamakan.




Tinggallah desa sepi, menungggu perantau pulang semula. Ditinggalkan bukan benci, bukan rajuk hati yang dibawa tapi mencari rezeki untuk sanaknya. Muga tahun depan dipertemukan kembali.