Sebuah pesawat dari Malaysia dilaporkan terhempas di Ukraine dekat sempadan Rusia, lapor agensi berita lewat malam ini.
Malaysia Airlines mengesahkan pasukannya terputus hubungan dengan pesawat Boeing 777 dengan nombor penerbangan MH17.
Kedudukan terakhir adalah di ruang udara Ukraine," kenyataan MAS di Twitter dipetik.
Laporan langsung sejak jam 12.01 pagi, Jumaat 18 Julai:
4.45am: Najib dalam sidang medianya berkata Malaysia menggesa pihak yang bertanggungjawab dibawa ke muka pengadilan sekiranya benar pesawat MH17 ditembak jatuh.
Sementara itu, laporan agensi berita antarabangsa menyenaraikan warganegara yang berada dalam penerbangan malang tersebut, memetik kenyataan pejabat MAS Eropah:
- 23 warga Malaysian
- 154 warga Belanda
- 27 warga Australia
- 11 warga Indonesia
- 6 warga British
- 4 warga Jerman
- 4 warga Belgium
- 3 warga Filipina
- 1 warga Kanada
Codeshare airline KLM says MAS' MH17 emergency hotline is +31 70 3487770
Malaysia Airlines mengesahkan pasukannya terputus hubungan dengan pesawat Boeing 777 dengan nombor penerbangan MH17.
Kedudukan terakhir adalah di ruang udara Ukraine," kenyataan MAS di Twitter dipetik.
Laporan langsung sejak jam 12.01 pagi, Jumaat 18 Julai:
4.45am: Najib dalam sidang medianya berkata Malaysia menggesa pihak yang bertanggungjawab dibawa ke muka pengadilan sekiranya benar pesawat MH17 ditembak jatuh.
Sementara itu, laporan agensi berita antarabangsa menyenaraikan warganegara yang berada dalam penerbangan malang tersebut, memetik kenyataan pejabat MAS Eropah:
- 23 warga Malaysian
- 154 warga Belanda
- 27 warga Australia
- 11 warga Indonesia
- 6 warga British
- 4 warga Jerman
- 4 warga Belgium
- 3 warga Filipina
- 1 warga Kanada
Codeshare airline KLM says MAS' MH17 emergency hotline is +31 70 3487770
Ini beberapa foto dari laporan berita di internet;
....
MAS Termasuk 5 buah pesawat komersial yang ditembak sejak 40 tahun lalu
KUALA LUMPUR: Berikut ialah senarai pesawat penerbangan komersial utama yang ditembak jatuh sejak 40 tahun lalu:
* 21 Februari, 1973: Pesawat 114 Penerbangan Libya dari Tripoli ke Kaherah ditembak jatuh di Semenanjung Sinai oleh jet pejuang F-4 Phantom II Israel, mengorbankan 113 orang di dalam pesawat.
September 1, 1983: Sejumlah 269 penumpang dan kru pesawat 007 Penerbangan Korea terbunuh selepas pesawat ditembak jatuh oleh pesawat pejuang Su-15TM Soviet berhampiran Pulau Moneron, barat Pulau Sakhalin Island, di Laut Jepun. Pesawat dalam penerbangan dari Anchorage ke Seoul.
* 3 Julai, 1988: Sebanyak 290 penumpang dan kru Pesawat 655 Penerbangan Iran terbunuh selepas pesawat ditembak jatuh peluru berpandu kapal Tentera Laut Amerika Syarikat USS Vincennes. Serangan berlaku di ruang udara Iran, di kawasan perairan Iran Teluk Parsi. Pesawat dalam penerbangan dari Tehran ke Dubai.
* 29 September, 1998: Pesawat Lionair LN 602 yang dikendalikan Antonov An-24RV terjatuh ke dalam laut di pantai barat laut Sri Lanka dalam keadaan misteri, membunuh 47 penumpang dan kru. Namun sesetengah laporan menyebut ia ditembak oleh pemberontak Pembebasan Harimau Tamil Eelam.
* 17 Julai, 2014: Pesawat MH17 Malaysia Airlines, dari Amsterdam ke Kuala Lumpur dipercayai ditembak jatuh di Ukraine. Sejumlah 298 orang berada di dalam pesawat.
- BERNAMA
Sepupu Hattan mangsa nahas MH17
Putrajaya: Sepupu penyanyi terkenal Datuk Hattan adalah antara mangsa terbabit dalam nahas pesawat MH17 yang terhempas di Ukraine, malam tadi.
Hattan atau nama sebenarnya Mohd Shukri Shahabuddin berkata, dia mengetahui mengenai insiden itu melalui rakan isterinya Datin Ariani Abidin yang memaklumkan menerusi aplikasi WhatsApp.
"Selepas disemak senarai penumpang didapati seorang daripada mangsa adalah Dora Shahila Kassim iaitu anak kapal MH17.
"Kami berdua amat terkejut dan menggeletar apabila mendengar berita itu, malah isteri saya hanya mampu menangis kerana ramai rakannya yang terbabit dalam insiden itu ," katanya ketika ditemui di Hotel Marriot Putrajaya sebentar tadi.
Hattan berkata, turut terbabit dalam nahas itu adalah saudara Ariani iaitu lima sekeluarga yang dalam perjalanan pulang bercuti dari Amsterdam dan singgah di Malaysia untuk menyambut Aidifitri, sebelum pulang ke Melbourne, Australia.
Mereka adalah Sherliza Zaini, 45, bersama suami yang juga warga Belanda dan tiga anak berusia lapan hingga 15 tahun. - HM
Pautan:disini
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.