Puasa bulan Ramadan mula diwajibkan pada tahun ke-2 Hijrah. Ayat yang memerintah umat Islam berpuasa pada bulan Ramadan ialah ayat 183 daripada surah al-Baqarah iaitu firman Allah S.W.T
Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertakwa.
Dalam masa beberapa hari lagi kita akan menyambut pula Aidilfitri, meraya kemenangan melawan nafsu. Itulah syariatnya tapi janganlah kita berlebih lebihan dan melanggar hukum hukum Allah. Kain baju dari pebrik yang mahal tapi tidak menutup aurat, makanan menutupi meja dan ada pula yang putus jari/tangan akibat bermain mercun. Alangkah baiknya jika kita semua termasuk saya dan keluarga bertakbir dari malam 1 Syawal itu hingga imam selesai berkhutbah hari raya.
Ha..ha..ha..raya raya jugak zakat fitrah jangan lupa nak selesaikan. Jangan tunggu dipagi raya takut-takut terlupa atau amil-amil sibuk dengan urusan yang lain... maklumlah dah raya.
Kalo dah cam tu ghayo dah around the corner den pun nak ngucapkan tahniahlah sobab dapek poso dan menyambut ghayo taun ni. Maaf zahir dan batin. Semugo kito di pertemukan di Ramadhan taun dopan dan seterusnya. Taqabbalallahu minna waminka!
"تاقاببالا اللهاو ميننا ومينكا"
(semoga Allah menerima amalan kami dan amalanmu )
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.