Al-Quran

Friday, June 20, 2014

Pengerusi Bank Rakyat Dihentikan Secara Mengejut

Den angkut dari senia  http://www.detikdaily.net/v6/modules.php?name=News&file=article&sid=33146

Oleh Tan Sri Sanusi Junid
KENAPA TAN SRI SABBARUDDIN CHIK DIHENTIKAN DARI MENJADI PENGERUSI BANK RAKYAT. 
Oleh kerana saya pernah menjadi Menteri Pembangunan Negara dan Luar Bandar yang bertanggungjawab ke atas Bank Rakyat maka berita ini mendapat perhatian saya. Lebih-lebih lagi kerana saya mengenal Tan Sri Sabbaruddin Chik sejak tahun 1961 sebagai scrum-half pasukan ragbi Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK).


Setelah berhenti dari sekolah saya bertemu lagi dengan Tan Sri Sabbaruddin di waktu beliau menjadi Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan yang bertanggung-jawab ke atas peniaga-peniaga kecil dan saya pula, selain menjadi pelatih eksekutif di The Chartered Bank, Seremban, juga menjadi Setiausaha Dewan Perniagaan dan Perusahaan Melayu Negeri Sembilan pada tahun 1965.
Kami juga, selain pernah duduk bersama di dalam Kabinet Malaysia, sama-sama berpengalaman menjadi Setiausaha Agung UMNO Malaysia.

Tan Sri Sabbaruddin, yang saya tahu, tidak pernah meminta untuk menjadi Pengerusi Bank Rakyat. Oleh kerana ada kekosongan jawatan Pengerusi Bank Rakyat, dan Menteri yang bertanggungjawab ke atas koperasi di waktu itu, pernah menjadi Setiausaha Politik Tan Sri Sabbaruddin, maka tidak hairanlah jika Menteri berkenaan terfikir mengenai kelayakan bossnya dulu untuk dipertanggungjawabkan dengan tugas menjadi pengerusi bank. Sudah tentu menjadi Pengerusi Bank Rakyat itu lebih mudah dari menjadi seorang Menteri atau Setiausaha Agung UMNO.

Minat saya kepada Bank Rakyat pula bermula apabila ada skandal mengenai bank ini kerana belanja yang besar untuk membiayai pertarungan tinju antara Muhammad Ali dan Joe Bugner diikuti pula dengan kerugian beratus juta ringgit kerana pinjaman tidak berbayar yang diberi kepada United Manufacturers, di bawah pimpinan oleh Eric Chia, Ratusan juta ini telah dibelanjakan untuk  membiayai pembelian mesin-mesin berat untuk pembalak di Sabah dan Sarawak dari pembekalnya United Manufacturers.

Oleh itu, apabila saya menjadi Menteri yang bertanggungjawab ke atas koperasi, termasuk Bank Rakyat, maka dengan penyusunan semula Bank Rakyat dan kecekapan CEO-nya Dato' Anuar Jaafar di bantu oleh pembantu-pembantunya seperti Dato' Zahari Sulaiman dan Dr. Hadi Derani, di bawah pimpinan bijaksana barisan Ahli Lembaga Pengarah, yang bertanggungjawab, maka sebelum saya meninggalkan kementerian, semua kerugian telah tertutup dan Bank Rakyat sudah mula mendapat keuntungan.

Saya tidak malu bercerita bahawa semasa Tan Sri Sabbaruddin Chik menjadi pengerusi saya telah membuat permohonan untuk mendirikan rumah di dalam sebuah kawasan, tetapi permohonan saya telah ditolak kerana pendapatan pencen saya tidak mencukupi untuk membayar balik hutang jika diberi. Saya terima penolakan ini dengan hati terbuka dan dengan itu jelaslah bahawa Tan Sri Sabbaruddin tidak mengguna pengaruhnya, untuk menolong kawannya, dan menyerah pihak pengurusan bank untuk membuat keputusan mereka secara profesyenal.

Saya terbaca beberapa reaksi negatif terhadap keluhan Tan Sri Sabbaruddin seolah-olah beliau mementingkan diri sendiri. Bagi yang tidak emosional adalah perlu mereka melihat sebabnya Tan Sri Sabbaruddin diberhentikan. Jika seseorang itu menganggap keluhan Tan Sri Sabbaruddin itu tidak benar maka mereka membenarkan cara penggunaan dana Bank Rakyat tanpa mempedulikan tanggung-jawab kepada pemegang saham, yang menjadi pemilik bank itu, dan mereka juga membenarkan penyalahgunaan kuasa dalam memberi pinjaman sedemikian.

Saya sangat terkesan dengan sebab pemberhentian Tan Sri Sabbaruddin kerana saya pernah menjadi pegawai kanan di sebuah bank saudagar milik asing yang mementingkan profesyenalisma dalam pengurusan untuk menjayakan bank yang mempunyai rangkaian terbesar di dunia di satu masa dulu.

Selamat membaca.

P/s: Tulisan yang merah tu kono paham bobona, den kurang paham.



No comments: