Al-Quran

Tuesday, September 24, 2013

Terbit kamus loghat NS - Sinar Harian


Terbit kamus loghat negeri

TELOK KEMANG – Sebuah kamus yang mengandungi loghat Negeri Sembilan dan Bahasa Melayu akan diterbitkan untuk menjadi sumber rujukan terutamanya kepada generasi Y di negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kebudayaan dan Adat Istiadat Melayu negeri, Abd Razak Ab Said berkata, usaha menerbitkan kamus loghat Negeri Sembilan dilaksanakan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN), Negeri Sembilan bersama
Lembaga Muzium Negeri Sembilan serta pakar dan pengkaji bahasa dan budaya Negeri Sembilan.

“Setakat ini proses menerbitkan kamus sudah melepasi 90 peratus apabila 3,500 loghat atau dialek Negeri Sembilan berjaya dihimpunkan. Malah ia turut merungkai loghat di setiap daerah dan pelosok negeri ini,” katanya.

Abd Razak berkata, selain memartabatkan bahasa, adat dan budaya, pendekatan itu juga adalah untuk memberi pemahaman kepada orang ramai terutamanya generasi Y di negeri ini bagi mengelak berlaku insiden memperlekehkan adat dan budaya Negeri Sembilan.

“Perkara ini berlaku disebabkan mereka tidak faham bahasa, adat dan budaya negeri ini.Apabila ada bahan rujukan seperti ini, kejadian seumpama itu dapat dielakkan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui Sinar Harian selepas Majlis Pelancaran Bazar Seni Industri Budaya dan kembara Budaya Badan Bukan Kerajaan Zon Selatan 2013 di Dataran Sri Kemang, kelmarin.

Hadir sama dalam majlis berkenaan, Pengarah JKKN, Negeri Sembilan, Mohd Radzi Omar.

Abd Razakberkata, usaha memartabatkan bahasa tempatan perlu dilakukan secara agresif dan kreatif agar ia tidak hilang ditelan zaman.

“Kita boleh mengadakan program santai seperti pertandingan menulis esei, bercerita, lakonan, drama dan sayembara puisi serta sebagainya dengan menggunakan loghat Negeri Sembilan.

"Ini sekali gus dapat memartabatkan Bahasa Malaysia sebagai bahasa kebangsaan,” katanya.

~Ini pula adalah usaha pengumpulan aku yang tidak seberapa selama ini~
Mohon ulasan;
 
ageh beri
amba tawa
ambik ambil
amek sesangat
angek paneh
angka  peneh badan/demam
angkek angkat
atok datuk (lelaki)
ayan spt zink
ayo (ganti nm manja) saya(ganti nama)*
ba eh baling
Baghrai lambakan
balun pukul dgn teruk
Banga merujuk pada bau
bantai  pukul
baruh  baruh
batat keras/likat
becapuk tak rata
becerabih  
bedahagi susah
bedobin  bunyi sesuatu jatuh
bega degil
beghabuk fasih
beghamok berkelahi
begorok berkelahi
Bekeghonai luar lawa dalam buruk
bekeh  
bekotuntang  
Belonjo dah basi
bengot  
benyek terlalu lembik (buah)
Betanak  masak nasi
Betandak berjoget
biak licak
bingai kebodoh-bodohan
bingkeh mengena
Bingkeh mengena
bodahagi sangat susah
bodama  
bodosing bunyi berdesing
bogek degil
boghang seberang*
bogolek kunduri
bogolek an gelempang
bojo'oh mewah
bokapang buruk
bokoghonai  
bokonan suka
bokotuntang  
boleng telanjang
bolobau jatuh dlm air
bolompung menunjukan sesuatu pelanggaran
bonda tali air/sungai
bonda sungai besar sedikit dari tengair
bongak tipu
bongak penipu
bongih bengis
bongih marah
bongka bangkit
bontuih makan terlalu banyak
bopilin berputar
bopinar  
bosanggit bergesel
bosapau tunggu terlalu lama
bosit perbuatan merotan
bosolupat  
bosomebaan   
bosopai hancur
botandak berjoget
botenggek  
bughran  
Bula tunggu seseorang tidak sampai-sampai
bumim gelap gulita
buntang  
calit api mancis
cebok mengambil air dgn gayung dr bekas besar
cebok  
cebok* perbuatan membersihkan diri dr melepaskan hajat
Cenangkeh kemaluan lelaki
cheghabih becok
chemat perbuatan rotan
Chemat  sebat
cheneke penipu dlm permainan
chompunek sejenis buah
chopek cepat
chuek tanam
cibir perbuatan mengejek
cokau  tangkap
Compireh  tungau
compogho tojun tombam lam air
congkonek sejenis ulat halus
cuak seram
Cuak takut
cucut sedut
daghek darat
Dek manai  kena sampu
dengkek cetek=tdk dalam
deyan aku (bnyk diguakan sempadan M'ka/N9)*
dobik perbuatan memukul
dogheh cepat
dogup-dogap  
eden/esey saya/aku
ekau engkau
esey saya(ganti nama)*
gaha gosok
Gelemer lendir/buih yg melekat pada daging
gelesek  
gelinya anting2
ghabo raba/ambil
Ghaha  
ghebeh tdk kemas/jatuh
ghemah sisa makanan
ghinek riak di permukaan air
ghobeh hujan renyai
ghodah harung
ghoman seakan-akan
ghompong   
ghondah rendah
ghopoi reput
Ghopok makanan diraba-raba
ghopong tempurung kelapa
ghosan basi
ghosit gigit 
ghumbo alat pam
ginco gaul
goba selimut
godang besar
godek usik/membaiki
godobik perbuatan membantai
gogot munum tak menggunan cawan
golo  
golobat perbuatan merotan
goma suka
goma ikatan padi setelah dituai
gombalo memelihara
gonjeng tidak cantik
Gunjai  tinggi
Hanchau jalang/tak pokat
hapah hampa
hepong/epong gigit 
hobin pukul
hongap/ongap nafas
hongeh kekenyangan
humang ai menunjukan kekaguman
humban buang
ilir hilir
jalang cair (tidak pekat)
jaman tandun  
Jamba  sedulang nasi utk 4 org
Jegang  keras
Jeghramak jala
jengkek bejalan perlahan dihujung jari kaki
jinjit bawa
jobo tak malu
Jobo malu
Jobok hantu
joghan serik
jogheh (JEREH) penat
joki rezeki
jongkeh keras
jongok tinjau
Juar  nama pokok yang kayunya boleh dibuat sarung parang
kain chukin kain basahan mandi
kainsal tuala mandi
kampit  
kayu-akr gotong royong sebelum kenduri
kechek mintak
kecheng mongonyit mato
keghopai beg
kekeh rajin
kelemanya sejenis ulat
kelembuai  
kelenset perbuatan mambuang kulit=kasar
kelepet lipat
kelintau mencari cari
kemuling berpusing mencari
kepet kempis
kerepot berkedut
Keromuih  
keteh meneh  
keto kereta
khoghajat habuan makan gotongroyong
khoghek kerat
khoghek buat lubang
Kinchut  gelaran untuk orang tua yang sudah uzur
kitai  
koba khabar
koba berita
kobok menyeluk
kocoloan  
koghopai beg bimbit
kok dek kau terpulang pd kau
kokeh mencakar (ayam)
kolah tempat takungan air
koling kiak sejenis serangga spt kerengga
kolokai habis
koloncot bungkusan
kolopir  
kolopong onde-onde/buah melaka
kolucheh  
koman tak elok
komap buntu
kombong sakit kembung perut
Kontot  pendek
Konyer (mengonyer) mengunyah
kopam buruk/busuk dan masam
kopoh  putih sangat
kopuieh gigi dah tak ada ,ulut pun ….
kose/ngose makan, makanan rengan
kotai terlalu tua
kotogo an sampuk
kotuntang  
kotupeh kelangkabut
koyok megah
Ku ara mandapat malang
kuti mencubit
kutu-katang gatal-gatal tak tntu tempat
kuyak koyak
langgak padangan tak terlindung oleh sesuatu
lanteh tombueh
lantuih  
lapon palu/pukul
lelan leka
lintang-pukang  
lochit menghembuskan hingus
lochot kepanasan
lochut baling
Lodoh hancur
loga melagakan sesuatu
loghap  
Loghroi  rosak teruk atau habis luruh
logo lega
lohong kedapatan satu lubang
lolah kejar*
lolah lelah/penat*
loleh kelar/memotong dgn perlahan*
lom pongopan belum apa-apa
Longkeh tertanggal
longkeh  tanggal sendiri
lonjap basah
lopan licin/rata
lopok pukul
losup-losap  
luku memukul maggunakan 
Lumbu   disuap secara paksa
lumek lumat/hancur
lunggah langgar
lunyah memijak-mijak
lunyai hancur
Lutap makan
mada dah lali
Mada  
maggea jemput kenduri kawin
maghin kelmarin
Manggar  pelepah kelapa
Mangkeh  Istiada memtong rambut/jambul budak kecil
mantai nak ghayo/poso
Mehonggang kepanasan
melangok duduk tnpa buat kerja=negetif
melangut  
melansit tidur siang hari
melantak makan dengan golojoh
melempeng  
melesa labuh hingga ketanah
Melosit  
membese terkencing
membumbong  
memburan berak
mempilong  
mencanak naik dgn cepat
Mencheler  
menchelinap laju
mencirit  
menculin menunjukkan tinggi
Mencunggap letih dan bernafas tidak selesa selepas berlari
mendoda kuek bona
menebeng  
menganyam pada tikar/bakul
mengelinjang terlalu suka
menginak-nginak bunyi nyayian dr radio
mentegheh kekenyangan
menteneng buncit/besar/boroi
Mereban  
meteng memerhati 
minam manum
mogang sehari belum hari puasa ramadhan
moghaban cakap tak tentu
Moghinek  Bueh yang naik ke permukaan ai
Moghobu  perut rasa tidak selesa
moghombik/bojombik TERLALU BANYAK (ULAT)*
molampan meratakan
molampuh terlalu banyak
molilau  
molutap makan
Mombibih Berderet-deret
monadir nganggur
monchughek air keluar dgn laju
Moncicit lari laju
moncieh berpeluh
moncocoh menunjukkan TERLALU masin/manis
Moncughek  
monebeng  
mongak/bongak menipu
mongapek marapek
mongengkeh membawa beban yg berat
mongocha cari ikan dgn menggunakan jala
mongonyam kegatalan
mononoi  
montodaghah makan dgn lahap
monyo ngok meninjau
monyok sugul
monyungkam TERSANDUNG JATUH KEDEPAN*
mosokin miskin
muko sadin  
nang yang
Nangoi  anak babi
napatan  menjongok
nekmonyang  
ngelujut keletihan yg amat sangat
ngicak mintak
ngose/kose makan,makanan rengan
nompan padan
nonggok duduk
nuyungan/tuyungan menuang gulo cair kodalam bokeh
ochup menunjukan kedalaman air
okap tamak
olek kenduri
ompan seperti
ompong bodoh
ompuk lembut
Onggap nafas
onto  
ontok diam
onyang (perempuan) HIARAKI GELARAN ATAS PADA DATUK*
pangkin tempat duduk santai
pasar keadaan tempat yg selalu dilalui
pauk menakik menggunakan parang
pauk perbutan menakik/menebang pokok atau dahan
peduli hajap ada aku kesah
Peghranai  pemijak lesung padi
peletok mematahkan
pelupoh dinding dr buluh dibelah-belah
pembongak pembohong
pencolek angek  
penganan dodol
pengkar kengkang
piuk periuk
po natang eh tuhh apo bondo
podaah penipu
podeh pedas cili
podih pedih
poghan para
poGHON membakar
poi pergi
pokai tak berduit
polak rimas/panas
polak panas badan kerana cuaca
polak kependekan,'apa pula'
polosit belaan org halus/menunjukkan jahat
polosit tak bojonjangan  
poloso pemalas
poluto pombohong
pombongak penipu
pongolan galah
potaghang tempak ayam bertelur
pudek/pudat  
pundong pondok
roba getah pemadam
sahayo gndaan kpd hambo
sekeh ketuk gunakan buku jari ke kepala
selehet  
seleme simak/mencari
senajar tak tekawal kehadapan
senayan hari Isnin
sendeng senget
Senget  berong
sengkalan batu menggiling cili
senteng singkat
senungeh  
siap paleh minta dijauhkan
simpang-peghenang bertaburan
singgit cemburu kpd perkara positif
singkik hamba
soghungkup  
solemo selsema
Sologhau Hujan sekejap atau sekali lalu
solubong  
solumak  
sombo sembur
somonggah  
songe sengeh
songkang  
sonta sental
sosah  
sugun menghantukkan kebawah
suki cukup makan
sumbek pudat
tak botompoda tak berhati perut
tambuh tambah nasi
tandeh habis*
tebok ditanduk binatang bertanduk
Tebong cedok
Tebong Menceduk kuah dengan banyak
tegajai  
tegamang terperanjat
tekemama  
tekinyam  
Telepok  Penutup kepala perempuan Negeri Sembilan
tempeleng  
tempieh tempias/percikan air
teng-gair anak sungai*
tenok/tebok  
tenyeh menekan dgn kasar
tepen mangkuk tingkat
Terojon-tambam  
Terombo  cerito
tobaghai  
tobek kolam tg agag besar/lembah*
toboh tempat
tochogek berdiri tanpa buat apa-apa
tocirit  
toghoncek tak jadi
togondalo  
tojungkang  
tokih sikit lagi
tokogholom lekuk kedalam
tokolucheh terkucil
tokomama  
tolap  
tolut boleh ditembusi
toman teman/kawan
toman kuli
toman org yg tidak mempunyai suku di NS
tona bunyi yg kuat
tongka degil
Tongkuh Ketuk, pukul pada tengan seseorang
topoleot  
toteh tetas pd ranting2 kayu
toteyek/kokoghek lebihan
tubey tepi sesangat
Tukih hampir kpd memijak
tungkek tungkat
tutoh /pauk perbuatan membuang dahan kayu
uming hai menunjukan kekaguman
uwan/wan nenek (perempuan)
kopok tempat simpanan padi buat dari kulit kayu                          

No comments: