Keputusan PRU 13 telah diketahui, siapa yang menang siapa yang kalah tak kurang juga yang tersungkur. Ada yang berkecil hati dengan pengundi dan akan mengingati akan kekalahannya kononnya dia sudah cukup berbakti dengan kawan dan pengundinya.
Posting ini hanya ingin menyemak posting terdahulu berkenaan artis-artis yang menyertai PRU ini dan juga kawan satu sekolah lebih-lebih lagi mereka saudara kandung tapi bertanding diberlainan negeri.
Dibawah ini adalah keputusan PRU 13 yang ditandingi oleh artis/penyanyi tersebut
Disebelah kiri adalah keputusan PRU13
bagi parlimen Pengerang yang ditandingi
oleh Dayangku Intan.
Sementara dikanan pula adalah yang ditandingi oleh Herman Tino di perlimen Tanjong Karang.
bagi parlimen Pengerang yang ditandingi
oleh Dayangku Intan.
Sementara dikanan pula adalah yang ditandingi oleh Herman Tino di perlimen Tanjong Karang.
Bagi perlimen Jempol artis yang mencuba adalah Aishah yang memperolehi undian yang agak besar bagi seorang novis kalau dibandingkan dengan Isa Samad yang diperingkat pro.
Disebelah kiri adalah keputusan PRU13 yang bagi DUN Seri Menanti di tandingi oleh kakak, disebelah kanan pula ditandingi oleh adik beliau di DUN Kuang Selangor
Di Parlimen Kuasla Pilah Hasan Malek mengekalkan kedudukannya dengan mengalahkan Mohd Nazree, dibawah parlimen ini terdapatnya DUN Seri Menanti. Tentunya pengundi atau penduduk di Kuala Pilah amnya dan Seri Menanti khususnya mengharapkan pembangunan yang lebih baik, maju dan boleh dibanggakan.
Jangan nanti bilo anak-anak balik boghayo kek kampung masalah-masalah lamo masih ado lai, air bocatu koghoh lak tu, jalan tak boturap betaun-tahun bilo malam jalan kampung golap bumim, macam mano orang kampung nak keluar komosojid memalam takut kok didogham an kek ghimau. Ini semuo konolah boghi perhatian.
Akhirnya pado yang kalah jangan putuih aso lain kali cubo lai sekarang ni mungkin bukan joki kito. Pado yang monang konolah buek kojo kan nak galeh tangan tu kek bolakang yo!
*Lain-lain semakan sila ke http://www.myundi.com.my/
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.