Tidak dapat tidak sebagai rakyat sesekali kena juga membicarakan hal-hal politik dan kepemimpinan. Itulah demokrasi yang diamalkan oleh kita di Malaysia.
Demokrasi sudah lama diamalkan oleh penduduk dan pendukung adat di Negeri Sembilan. Kita disini lama sebelum adanya pilihan raya telah mengamalkan pemilihan sebegitu. Pemilihan pemimpin iaitu ketua adat terletak di tangan anak buah atau rakyat. Perhatikan dan hayati perbilangan adat ini:
Bulat anak buah menjadi Buapak
Bulat Buapak menjadi Lembaga
Bulat Lembaga menjadi Undang
Bulat Undang menjadi Yam Tuan (Raja)
Begitulah sistem pemilihan ketua di negeri beradat ini dilaksakan, pemilahan datang dari bawah. Dalam amalan demokrasi moden pun begitu juga setiap habis penggal pemerintahan akan balik juga kepada rakyat untuk memilih pemimpin. Pemimpin yang bagaimanakah menjadi pilihan, terpulang kepada rakyat yang mana satu idaman kalbu. Pemimpin yang rajin bekerja, menolong, membantu, menyelesaikan masalah rakyat; pemimpin yang menundukkan kepalanya kepada rakyat apatah lagi kepada sang penciptanya iaitu Allah.
Perhatikan perbilangan adat ini
Kok godang jangan molando
Kok cerdik jangan menjual
Kok alim hendakkan doanya
Kok kaya hendakkan emasnya
Pemimpin itu seumpama pokok seperti perbilangan ini:
Banirnya tempat besandar
Dahannya tempat bergantung
Buahnya untuk dimakan
Daunnya tompek bolindung
Pada 5 May 2013 nanti sekali lagi medan dan gelanggang dibuka bagi rakyat memilih peminpin dan kepemimpinan. Parlimen Kuala Pilah (P129) 47,780 pemilih dan penduduk seramai 63541 orang telah diwakili oleh Dato' Hasan Malik timbalan menteri Kemajuan Luar Bandar Dan Masyarakat orang kuat belia satu masa dahulu. Sekali lagi beliau akan mencuba nasib bertanding melawan calon dari PKR Mohd Nazree Mohd Yunus. Perlimen Kuala Pilah terdapat 5 DUN
N15-Juaseh
N16-Seri Menanti-Datuk Abdul Samad Ibrahim-Pengerusi J/Kuasa Bertindak Pembangunan Modal Insan, Belia dan Sukan
N17-Senaling
N18-Pilah
N19-Johol
Dibawah ini adalah peta DUN Seri Menanti (cilok dari blog Tengku Zamrah) yang dinaungi oleh EXCO Jawatan Kuasa Bertindak Pembangunan Modal Insan, Belia Dan Sukan.
Dato' Samad Ibrahim |
Kedua-dua mereka memegang jawatan diperingkat persekutuan (perlimen) maupun diperingkat negeri (DUN). Marilah merenung semula muka muka kacak lagi lawa terutama pemegang DUN ini. Bolehkah kita bergantung harap kepada beliau seperti perbilangan adat diatas seperti pokok yang rendang itu. Lawan beliau nanti tentulah anak muda yang bertenaga pernah bersekolah di Seri Menanti , manakah pilihan kita seperti perbilangan adat
Usang usang di perbaharui
Buruk dibaiki
Kusut diselesaikan
Tengku Zamrah Tengku Sulaiman |
Yang kurik kundi
Yang merah saga
Yang baik budi
Yang indah bahasa
Selamat berjuang ateh keteh meneh kek nogori kito. Tak salah memakan sedikit buah tetapi janganlah sampai diboliong pangka eh.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.