Kehidupan dikampung sewaktu waktu dahulu tidaklah semewah kehidupan sekarang, dibandar maupun dikampung. Waktu dirasakan sangat perlahan berlalu. Seumur lagi kecil masa yang berlalu hanya mengikut kedua orng tua kesawah. kebetulan dikampung ini dikelilingi oleh bukit bukau lalu membentuk lembangan yang subur untuk bercucuk tanam dan menanam padi. Setelah penat bermain lumpur masanya pula untuk terjun ke sungai yang sangat jernih dan bersih airnya. Kadang-kadang mengikut ayah menjala ikan untuk dijadikankan lauk hidangan tengahhari nanti. Inilah saat yang paling seronok yang tidak dapat diulangi atau dirasai oleh anak-anak zaman sekarang.
Walaupun berpuluh tahun aku meninggalkan pekan kecil ini, landkapnya hampir sama kecuali beberapa penambah baikkan kepada kedua-dua sekolah rendah maupun menengah. Sekolah Agama Rendah yang terletak dalam kawasan Masjid Di Raja Tunku Munawir telah dihuni oleh pelajar-pelajar tahfis. Alhamdulillah.
Ada satu lagi landmark yang aku cari agak lama juga, seingat aku kartunis Lat pernah mengabadikan dalam lukisan kartunnya iaitu puntu gerbang Seri Menanti yang terletak dihadapan pejabat pos. Khabarnya pintu gerbang ini berkecai dilanggar lori. Pernah juga mencari di internet dan melukis gambarnya melalui ingatan saja yang masih tersimpan dikepala lalu memuat naik ke laman Fb hinggalah satu ketika kawan di FB memuatnaik gambar sebenarnya.
Hasil perahan otak terhasillah lukisan kasar seperti di atas beberapa tahun dahulu.
Dan ini adalah gambar sebenar pintu gerbang tersebut.
Gerbang Seri Menanti baru terletak beberapa meter dari tapak gerbang lama.
Gerbang ini berbentuk tanduk kerbau sesuai dengan negeri ini yang mengamalkan adat Minangkabau Pagar Ruyung. Negeri beradat perpatih nan sebatang.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.