Saturday, January 28, 2012

HadYai dan SongKla = Jalan-Jalan Cari Pasal

Mengambil kesempatan pada cuti yang panjang kali ini pengembaraan bermula di kedudukan Latitude: 2.2827° dan Longitude: 102.1028°, carilah sendiri kek mano. Pengembaraan ini tidak terancang sangat hanya bermula seminggu/dua lalu dengan membuat pastport yang baru. sekarang sudah agak mudah dan siap pada hari yang sama, tapi aku datang dah pukul 3 petang jadi terpaksalah kepejabat imigration keesokannya untuk mengambil pastpot yang telah siap.

24 Januari (Selasa)
Dari kedudukan itu tadi kami bertolak menyelungsuri
E1 dengan menaiki kereta jam 3.30 pagi, tapi hari sebelumnya minyak kereta telah disumbat dengan menambah RM 50 lagi. Sampai 102.1078° berhenti manunggu beberapa orang kawan lagi. Lebih kurang jam menunjukkan 4.30 pagi kami pun memulakan perjalanan sebenarnya kearah Latitude: 6.1194° dan Longitude: 100.3677°, denga kelajuan 120km ke 140km (apa susah sangat ni pakai latitude/ longitude) Sebab perjalanan ini waktu pagi, agak sejuk juga dan pundi-pundi kencing masing masing cepat mengecut jadi terpaksalah berhenti beberapa kali di R&R lebuhraya. Jam 11.30 pagi kami telah pun sampai di Alor Star terus ke Kuala Kedah menemui seorang rakan tokey bot dan ikan - sempat juga melihat beberapa pekerja tak kurang 10 orang mengasingkan dan mengredkan ikan, udang, ketam dan berbagai lagi yang baru dibawa naik dari laut.

2.20 petang Mengisi minyak sepenuhnya disempadan (kalau boleh nak ontak bagi padat).
Di Cangloon pernukaran duit dan membeli insuran kereta, mengisi borang imegration dan insuran kereta dengan tujuan untuk memasuki negeri gajah putih. Setelah selesai urusan perjalanan diteruskan lagi ke Bukit Kayu Hitam. Perghhhh....!!! kenderaan beratur punyalah panjang, kesempatan cuti yang panjang rupa ramai juga dengan rela beratur dengan panjangnya.

Sampai dipintu sempadan pemeriksaan pastport di imegration Malaysia (tak ada cop lagi), aku teruskan dokumentasi dengan pehak kastam Malaysia dan seterusnya cop pasport.

Perjalanan diteruskan dan berurusan dengan pehak imegration gajah putih pula, pakir kereta, yang lain lain urusan cop pasport (disini betul betul cop) dan sementara itu aku berurusan dengan pehak kastam mereka pula, insuran kereta yang dibeli tadi dan juga gran/salinan pun boleh diserahkan untuk pemeriksaan, cop pastport dan ambil kereta dipakir lalu semula didepan pehak kastam mereka dan ambil salinan resit kastam. Sendiri mau ingat setiap urusan dengan pehak mereka disertakan pelincirnya, pasport dua hinggit, setiap penumpang kereta pula dua hinggit begitu juga dipehak kastam meraka setiap urusan ada pelincirnya.

Setelah segala urusan selesai kami meneruskan perjalanan menuju ke HatYai. Segala perhatian hendaklah tertumpu kejalan raya kerana segala kemungkinan boleh berlaku, penunggang motosikal, kereta maupun pejalan kaki yang tiba tiba keluar simpang kalau terlanggar akan mendatangkan masaalah.

4.30 petang lebih kurang kami sampai ke bandar HatYai, daftar masuk hotel dan berehat.

7.00 Malam Keluar makan dan shoping, kereta kami tinggalkan di hotel penginapan.Menggunakan kenderaan yang dipanggil 'tut tut'. Tambang lebih kurang RM2=20Bath seorang. (kalau hujan macam mana, nak naik tut tut juge ke...) Part shoping ni bagi kat kaum hawa, suka sesangatlah dia. Kita orang lelaki duk perati ajelah kut kut dia minta bantuan nanti- bukan bantuan untuk memilih tapi dalam bentuk lain. Penat jugalah keliling tempat penjaja malam hari disini.

10.30 Malam Balik hotel, badan punyalah penat memandu seharian hanya tempat tidur saja yang menjadi idaman.

25 Januari (Rabu)

7.00 Pagi- sudah bersiap untuk minum pagi. Makan minum disini tidaklah sukar bagi kita kerana terdapat banyak kedai muslim. Secucok atau tidak dengan tokak orang nogori macam den ni jo masalah eh. Dah biaso makan podeh sampai sini ngumba deh keluar balik.

Selesai minum pagi kami bertolak ke Songkla,bandar dipinggiran laut. Tak ada apa yang tersangat istimewa disini. Macam biasa memandu kena berhati hati (lebihkan) disini.

1.00 T/Hari - makan mengadap laut-terbentang luas. Nak mencari restoren halal tidaklah terlalu sukar.
3.00 Petang - Bersiap untuk kembali semula ke HatYai, macam biasa kenderaan agak subuk dijalanan. Singgah di taman bandaran yang terdapat arca arca binatang yang sangat cantik. Juga terdapat rumah salji sama yang terdapat di i-city Shah Alam. Balik semula kehotel, rehat.

7.30 Malam - Aktiviti yang ditunggu tunggu oleh kebanyakan orang perempuan. Aku hanya sekadar memerhati aje. Dah penat berjalan balik rehat dihotel semula.


26 Januari (Khamis)
Perjalanan balik, singgah dibeberapa tempat ada lagi yang dibeli rupanya.

10.00 pagi - sampai dipintu sempadan, sekali lagi mengadap pehak berkuasa mereka servis charge atau pelincir jadi mainan mereka- kena hulur lagi. Pasport masing-masing bawa untuk cop. Aku berurusan dengan pehak kastam, serahkan salinan borang kastam sebelum tandatangan kedalam buku,pegawai kastam mereka akan tunjuk beberapa keping note atas meja dengan maksud kita kena hulur. Itu dengan kastam, dengan imegration sama juga ceritanya"how many person....in car..." (macam tulah bunyinya, jgn tak tau). Kalau kita (driver kereta) cakap lima orang dia akan mintak "one person two ringgit"-hulur lagi. Individu bersama kita tadi kena juga hulur waktu cop pasport mereka, maknakata dua kali kena hulur. Sebelum masuk ke pehak berkuasa kita, kami singgah dulu di kompleks bebas cukai, beli lagi. Di pehak imegration kita amat mudah sekali. Kalau lima orang dalam kereta, pemandu boleh hulur kelima lima pastport dari dalam kereta saja. Sudah cek pastport berurusan pula dengan pehak kastam, seeloknya kita turun dan buka boot kereta sebelum personal menyuruh membukanya. Urusan aku amat senang kerana kastam menyuruh aku jalan tanpa membuat pemeriksaan setelah beliau bertanya apa yang dibeli. (memang pun tak ada apa-apa yang aku beli yang boleh dicukai)

12.30 T/hari- singgah lagi di Alor Star mengambil ikan yang telah kami pesan sebelum ini dan beberapa barang lain lagi untuk di bawa balik, makan dan rehatkan badan.

2.00 petang - Meneruskan perjalanan balik. Dibeberapa tempat hujan mulai turun, rehat beberapa kali di R&R. Kesudahannye sampai dirumah pukul 3.00 pagi 27 Jan 2012 hari Jumaat. Alhamdulillah kami selamat pergi dan balik.

p/s:Ini adalah pengembaraan kali kedua bezanya sebelum ini aku menaiki keretapi - lagi banyak pemandangan yang menarik disepanjang landasan.


No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.