Al-Quran

Sunday, January 17, 2010

Jumpo Kawan Lamo







Besar sungguh nikmat dan peluang hari ini kerana dapat menghadirkan diri kemajlis walimatiurus anak kepada kawan sepersekolahan dulu, bapanya orang Buyau dan emaknya orang Tanah Datar (Tedatar bahasa sini). Majlis diadakan di Taman Cempaka, Seremban (Somban).


Menghadirkan diri bukan sahaja kerana majlis itu tetapi ingin berjumpa kawan-kawan lama, syukur juga ada juga dua tiga orang dapat berjumpa kembali. Mungkin juga diatas kelewatan sampai membuatkan aku terlepas peluang untuk bertemu lebih ramai lagi. Tak apalah bukan rezeki kali ini...

Perbilangan adat atau pepatah petitih dalam hal perkahwinan atau somondo monyomondo antaranya seperti berikut;



Kok nak menghubung nak panjang


Kok nak menyibar nak lebar

Datang berjemput dengan adat


Pergi dihantar sepanjang adat



Untung anak lelaki ditanya-tanyakan


Untung anak perempuan dinanti-nantikan


Diakuk-akukkan


Diminyak-minyakkan










Dah telanjur sampai Somban ni bbudak-budak ni nak bocomporo kek Ulu Bondo, ikut yolah sambil tu buleh yo nengok jalan baru Ulu Bendul


Wednesday, January 13, 2010

Keputeraan Ke 62 DYMM Yamtuan Negeri Sembilan


Esok 14 Feb 2010
Perkataan "Yamtuan" popular dituturkan oleh orang-orang tua dahulu, masih dalam ingatan lagi bagaimana uwan (nenek) menuturkan masa aku masih lagi anak-anak. "Tak lamo lai hari jadi Yamtuan, nak nengok rajo bogolek jangan main paneh, nanti domam."

Hari Jadi ke 62 adalah Hari Jadi yang pertama bagi Tuanku Muhriz diraikan sebagai Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan. Rakyat mengucapkan selamat kepada tuanku. Dirgahayu tuanku!!!

Rajo bogolek masa dulu penuh permainan disekeliling padang di Senanti. (Senanti= Seri Menanti)Orang berjualan pun banyak. Ramai yang beniaga sambilan seperti bulan Ramadhan sekarang ini. Kacang putih, jagung rebus tapi yang paling sodap teghaso sampai sekarang ni sotong kering titik atau sotong bakar, peralatannya hanyalah takong getah dibuat dapur membakar arang, ketulan kayu beruti sebagai alas untuk menitik sotong, penukul besi (tukul besi? yang siang tadi buat betukang rumah)dan diterangi lampu kabait. Itu semua nostalgia masa kanak-kanak, alangkah indahnya jika dapat dipusing masa itu.

Permainan rakyat disekeliling padang Senanti bukan saja terdiri dari tradisional melayu tapi meliputi seluruh kaum, makyong, wayang cina hinggakan pemainan orang asli pun diadakan. Wayang penganda (propanganda) tiap-tiap malam. Ceritanya tak lain tak bukan memajukan pertanian dan kehidupan orang kampung, heronya tentulah Tengku Abdul Rahman ataupun Tun Razak. Paling tidak pun penghulu atau DO akan berucap antara pertukaran ril filem. Tanpa kenderaan seperti sekarang ini rakyat penuh membanjiri padang tersebut. Ah! Itu semua nostalgia rajo bogolek.

Thursday, December 17, 2009

Salam Maal Hijrah-1Muharam1431=18 Dis 2009-Ahlan Wa Sahlan



Ada pendapat mengatakan dizaman nabi semua ini tidak ada, tapi marilah kita melupakan pertelingkahan pendapat ini sebentar dan mengamal kebaikan darinya semuaga kita semakin hampir denganNya.







Semoga kita dipanjangkan umur, ditetapkan iman dan dimurahkan rezeki.

Tuesday, November 3, 2009

Teruskan Berpesta Ke Bukit Jalil

[KEMASKINI]07 OKTOBER 2009
Sumber,






'Jaringan awal bakar semangat'


PEMAIN Negeri Sembilan, Shahurain Abu Samah meraikan kejayaan menjaringkan gol pertama pada minit ke-18 pada perlawanan akhir Piala Malaysia 2009 di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam tadi. - BERNAMA


KUALA LUMPUR - Jaringan awal beri kemenangan kepada Negeri Sembilan, perkara itu diakui oleh jurulatih, Wan Jamak Wan Hassan selepas pasukannya berjaya menjuarai Piala Malaysia menewaskan Kelantan 3-1 di Stadium Nasional, Bukit Jalil, semalam.

Bekas jurulatih kebangsaan itu berkata, hala tuju perlawanan di Stadium Nasional Bukit Jalil itu sudah dirasainya sebaik sahaja Shahurain Abu Samah menjaringkan gol pada minit ke-17.

"Corak permainan kami bertambah bagus apabila memperolehi jaringan awal, pemain terus bersemangat untuk memburu jaringan seterusnya," katanya pada sidang media selepas perlawanan, semalam.

Tanpa menghiraukan sorakan lebih 60,000 penyokong Kelantan anak buah Wan Jamak terus beraksi seperti biasa, malah mendapat jaringan kedua pada awal separuh masa kedua melalui jaringan Hairuddin Omar.

Disiplin yang tinggi juga menjadi faktor utama kemenangan pasukan Negeri Sembilan, walaupun penyokong Kelantan melontar objek dan mercun ke dalam padang ia langsung tidak mengganggu fokus mereka.

Statistik perlawanan



"Awal-awal lagi saya sudah menasihati pemain supaya sentiasa mengawal disiplin mereka dan ternyata mereka mengikutnya," katanya.

Kekebalan Shukor Adan di barisan pertahanan juga menjadi kunci utama kegagalan Kelantan menembusi kubu pertahanan Negeri Sembilan, pemain terbaik perlawanan akhir itu berganding baik dengan Aidil Zafuan Abd. Radzak.

Bagi B. Sathianathan pula, Negeri Sembilan berhak untuk muncul juara tetapi dia berbangga dengan prestasi yang dipamerkan oleh pemainnya.

"Selepas jaringan pertama dan kedua mereka (Negeri Sembilan) mula menunjukkan keyakinan dan pemain saya mula hilang tumpuan," kata bekas jurulatih kebangsaan itu.

Bagaimanapun Sathia yakin pemain muda yang diturunkan memperoleh pengalaman berharga dan yakin mereka mampu bangkit pada musim seterusnya.

"Saya bangga dengan pemain mereka mampu membawa pasukan sehingga ke peringkat ini dan kehadiran penyokong yang ramai bukan punca kami tewas, ia adalah kelebihan buat kami tetapi kemenangan berhak kepada Negeri Sembilan," katanya.



oOo HANTARAN TERDAHULU oOo



Nogori kita masih lai dalam mood berpesta, tapi pesta kali ini agak eh yang paling manih somanjak tahun 1948 kali terakhir nogori kita monang pesta bola. Maso tu piala HMS. Dalam maso kobolakang ini masok akhir tahun 2000 dan 2006 sekadar naib juara, kalau monang tu yang dikobakan manih tadi tu.

Somugo pasukan kita monang perlawanan bola Piala Malaysia hujung minggu nanti iaitu 7 Nov 2009 nanti Stadium Nasional di Bukit Jalil. Kek sesapo yang nak poi Bukit Jalil tu jangan lupo pakai baju kuning (bukan kempen Bersih) tapi sebagai sokongan kek pasukan kito.
Bulat air kerana pembontong,
bulat kata kerana muafakat.

Adat berkeluarga, keluarga dipertahankan
Adat berkampung, kampung dipertahankan
Adat bernegeri, negeri dipertahankan.
Kalau sepasukan, pasukan dipertahankan

Tapi dalam pada itu jangan lupo jago namo baik kito. Jago tingkah laku. Jangan salah tingkah nanti parah.

Tuesday, October 27, 2009

Dirgahayu Yang Dipertuan Besar Ke 11














Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan yang ke 11 dalam upacara istiadat pertabalan. Semuga negeri ini aman dan makmur dibawah pemerintahan tuanku.


Raja Dan Yang Dipertuan Bersar Negeri Sembilan yang terdahulu sebahagian dipetik dari buku Takhta Kerajaaan Negeri Sembilan oleh Tan Sri Abdul Samad Idris:-



1. Raja Melewar 1773-1795

2. Raja Hitam 1795-1808

3. Raja Lenggang 1808-1824

4. Raja Raden 1824-1861

5. Yamtuan Imam (Adinda)1861-1869

6. Tengku Ampuan Intan 1869-1872 (memangku)

7. Yamtuan Antah (Putera Raja Radin)1872-1888
















8. Tuanku Muhammad (Putera) 1888-1933















9. Tuanku Abdul Rahman (Putera) 1933-1.4.1960













10. Tuanku Munawir (Putera) 1960-14.4.1967












11. Tuanku Jaafar (Adinda)1967-27.12.2008














12. Tuanku Muhriz (Putera Tuanku Munawir) Dimasyurkan 28.12.2008 dan ditabalkan pada 26.10.2009


Sunday, October 25, 2009

Istiadat Bersiram


Perarakan menghela Takhta Rencana meninggalkan perkarangan Istana Besar Seri Menanti menuju ke Panca Pesada untuk istiadat bersiram.









Didahului oleh pasukan Dikir Rebana.












Tuanku Muhriz dan Tengku Ampuan bersemayam diatas Takhta Rencana.








Takhta Rencana dihela oleh pegawai/dato' 99 istana.























Doa ditampung dipimpin oleh mufti kerajaan Negeri Sembilan menandakan istiadat bersiram berakhir.













Thursday, October 22, 2009

Pameran Kereta Antik Dan Kelasik



Disepanjang jalan dari Seremban ke Seri Menanti tadi banyaklah bena dan kain pemidang juga panji-panji ditegak dan digantungkan. Dahulu dikhabarkan alat-alat kebesan dikeluarkan satu persatu oleh datuk datuk bergelar di Istana.





Sempena pertabalan DYMM Yang Dipertuan Besar yang ke 11 banyak acara diatur diantaranya pameran kereta yang aku sendiri mengambil bahagian ini. Malam nanti akan diadakan Forum Perdana.
Diantara deretan kereta Volkswagen









Sedang melintasi Panca Persada berlatarkan Istana Lama