Al-Quran

Friday, July 18, 2008

Digarhayu DYMM Yang DiPertuan Besar



Antara negeri di Malaysia yang rajanya memakai gelaran Yang Di-Pertuan Besar adalah Negeri Sembilan. Inilah keunikan negeri beradat ini selain penduduknya memakai dan menjujung adat perpatih sebagai panduan kehidupan seharian.
Esok 19 Julai hari jadi atau hari keputeraan baginda yang ke 86 tahun. Sebagai rakyat yang berasal dari negeri ini aku juga ingin mengucapkan selamat.
Dan setiap tahun juga akan diadakan keraian untuk rakyatnya di sekitar padang Seri Menanti ini. Orang disekitar kampung ini menamakankan keraian ini 'raja bogolek', raja tu, raja lah dan 'bogolek' itu adalah cakap minang 'beralek gadang' atau kenduri besar. Kerana ketiadaan perhubungan yang baik seperti sekarang , inilah masanya orang ramai bersosial dan bertanyakan khabar antara satu dengan yang lain. Disamping itu akan adalah orang-orang kampung mencari duit lebih dengan berniaga menjual lemang, tapai dan lain lain lagi. Raja bogolek ini seingat aku dari zaman kanak-kanak hinggalah usia meningkat sekarang tidak pernak tidak diadakan.
Walau apapun esok aku nak cuba juga untuk pulang ke kampung, nak layan raja bogolek, khabarnya acara sebelah siang telah diadakan antaranya Forum Perdana.
Untuk lebih mengenali negeri ini dan Yang Di-pertuan Besarnya sila ke http://rajakitans.gov.my

Friday, July 11, 2008

Ulang Tahun Ke 12-Along




Hari ini 9 Julai adalah hari jadi anak aku yang pertama. Selamat Ulang tahun, semuga di murahkan rezeki dan selamat. Antara lain doa seorang ayah. Apalah yang dapat aku berikan selain pendidikan yang terjamin.
Sempena ulang tahunnya, aku terus membawa mendaftar untuk mendapatkan satu kad yang amat penting. Dengan maklumat yang sedikit ada terus saja kekuanter pertanyaan, untuk mendaftar berumur 12 tahun. Lain yang kenyataan yang terpampang di-pintu masuk, lain yang diminta. Antaranya kad pengenalan dan salinan kedua-dua ibu dan bapa, ini tak menjadi masalah. Menjadi masalah kerana isteri aku tidak ikut bersama dan masalah lain ketiadaan kedai yang menjalankan khidmat membuat salinan fotostat. Bila ditanya kepada pegawai di-kaunter apa perlunya kad pengenalan dan salinan kedua ibu bapa, dia hanya menjawap sekadar perlu sahaja. Tidak ada penerangan yang jitu dan dapat menyakinkan. Kerana tidak mahu bertengkar aku terus saja berjalan kira-kira 100 meter mencari kedai fotostat bersama anak aku. Kelihatan muka anak aku kemerah-merahan dan peluh yang mengalir berjalan dalam cuaca yang panas.
Walau apa, aku berpuas hati kerana hajat aku terlaksana hari ini untuk mendaftarkannya mengikut tarikh lahir.

Selamat Hari Lahir, semoga Allah selamatkan kamu.




Sunday, June 15, 2008

Titip Rindu Buat Ayah



Kira kira sebulan dulu den tulih fasal nak jago omak, hati eh, perasaan eh dan macam lagi lah. Bulan ni den nak coreto fasal ayah pulak. Maklumlah kalau ado omak yo, tak ado ayah mano datang eh kito. Bak kato aruah omek den dulu, "Kau ingat kau tu tibo-tibo topaco colah rumpun pisang tu koh." Jadi somuo eh ponting kito hormati dan muliakan. Mano yang dah tak ado lai kek sini sedekahkanlah Al-Fatihah, walaupun hidup eh kek dunia ni miskin dulu semuga disana mereka kaya dengan amal-amal baik yang kita buat. Gambar kek sobolah tu kalau tak silap den pada tahun 1972 di Sekolah Kebangsaan Seri Menanti (Sekarang Sek Keb Tuanku Laksamana Nasir). Selain pegawai dari Kem. Pelajaran ado Cik Gu Mokhtar, Cik Gu Alias ,Ustaz Isa (adik ayah den) dan ayah den.


Berbalik kepada corita ayah ni, guru den ponah cakap, ronong kaabah (ado niat nak naik haji) tengok al quran (membacanya) ronong muka ibu dan ayah (kerana kasih sayang pada mereka) itu semuo dah kiro kojo baik. Sosapo yang ado omak ayah tu hormatilah, sayangi dio orang, jangan tolinteh kek hati tu nak meramaikan pusat-pusat atau rumah-rumah orang tuo. Cukuplah yang ado tu. Staf kek tompek-tompek macam tu pun dah tak larat dah. Tapi orang-orang macam nilah (yang kojo kek pusat tu) banyak jaso eh, muga Allah memberkati pekerjaan dia orang.

Sunday, May 11, 2008

Penghargaan untuk ibu-ibu

Bermula dengan hari pekerja, hari ibu, hari belia, hari jururawat hari guru . Juga hari penubuhan UMNO. Pendek kata bulan Mei lah yang untung mempunyai bermacam-macam hari didalamnya. Kebetulan hari aku menulis ini pada 10 hb Mei dan besok ialah hari ibu jadi aku fokos pada hari ibu. Kerana ibulah segala-galanya bagi anak-anak, dari lahir, merawat dan membesarkan kita disamping jasa ayah. Beruntunglah bagi sesiapa yang masih mempunya ibu didunia ini dan marilah kita sedekahkan al-fatihah bagi ibu-ibu yang telah meninggalkan kita. Kerana doa anak yang soleh sahaja dapat membahgiakan mereka disana. Amin.


Pada sesiapa yang masih mempunya ibu/umi/emak/bonda atau apa jua panggilan buat mereka janganlah sesekali melukai hati mereka. Ingatlah susah payah mereka hatta kerana seekor nyamuk pun mereka sanggup bersengkang mata. Ingat kasih mereka sampai bila-bila. Tanpa ibu siapalah kita sebagai anak yang dapat menghirup udara dan melihat dunai yang indah ini.

Video ini bukan saja hiburan tetapi juga pengajaran yang patut di ikuti. Terima kasih kepada pembuat video ini. Dongalah orang kampung den nyanyi ni.


Thursday, May 8, 2008

Takanang Jo Kampung

Bagaimana dengan sifat kemelayuan semua? Cubalah renungkan Video ini. Ada sesetengan orang kita yang kulit tak berapa putih ingin menjadi orang putih. Bermata hitam atau coklat ingin bermata biru. Semua ingin ditiru bertindik ditelinga itu sudah lumrah, bagaimana satu telinga ditindik lebih dari satu. Anak melayu sudah pandai bertindik hidung,kalau dulu hidung yang bertindik aku perhatikan adalah aci-aci dipekan kecil tempat aku tinggal.

Maaf Raymond aku pinjam kau punya video. Video lagu Raymond ini sangat bermakna bagi aku, sementara terkenagkan kampung dan kawan-kawan lama ianya sebagai sindiran jua bagi anak anak muda sekarang.

Thursday, May 1, 2008

Masa Kini

Cuti baru baru ini den ambik kosompek an balik kampung jalan jalan bawak anak anak menunjukkan sokolah lamo den,memang lamo pokok-pokok pun dan tinggi mungkin yang baru tanam yang ado sokarang ni. Kalau dari luar paga ni memang susahlah nak nyongok kodalam. Paga pulak tak macam dulu, sekarang dah bertembok dulu pintu masuk dopan ni ado duo, satu untuk masuk dan satu lai untuk keluar. Pintu paga yang ado dalam gamba ni maso den dulu untuk keluar. Pintu paga yang lai satu tompek eh bolah kiri tembok nama sekolah tu. Memang tak banyak yang borubah.Maso PRU12 dulu den ngundi disini, dapeklah den masuk.Tak banyak tompek yang den poi nyongok. Tompek den ambil gambar tahun 1968 tu dah todoh dek pokok. Dah 40 tahun.Bilik guru latar gambar tu tak lai pakai tinggap nako. Wah lawa jugak nampak eh. Tandas eh pun boggoseh dan cantik. Tahniahlah.
Tambahan:
Masa balik rajo bogolek tempoh hari lai sekali den masuk kawasan sekolah ni, tompang parking keto. Memang ramailah orang malam tu, sampai kek sini parking. Yang tak sodap eh donga corito kawasan sekolah ni nak kono ambik, oleh sapo kito nantikan ajo, apo projek dan sapo punyo. Sodeh jugo nonga eh. Kek sapo-sapo yang bokonaan tu cubolah cari tompek lain kalau iapon.

Tuesday, April 29, 2008

Dimana Mereka Sekarang

Tompek Jatuh Lai Dikonang dan kato pepatah petitih jauh mencari suku dokek mencari kodin.Bukan suku atau kodin yang dicari tapi kok ado yo lah kawan kawan lamo dalam gambar kek sobolah ni bolehlah kalau nak nyapo-nyapo den kak sini hah. Itu pun kalau kau orang tontu lai pemandangan tu, kalau tak cam apo nak buek.Kalau kau tak borapo cam gambar tu kek mana hah, den nak bosurahlah sikit. Gambar ni nak ambik maso motohari nak naik, itu sobab somuo eh korot yo muko eh. Kalau tak silap cino tukang gambar ni kodai Bee Cun. Tokona yo lah maso tu. Kek mano kodai ni.....?Gambar Darjah Satu Tahun 1968. Sekolah Kebangsaan Seri Menanti, Negeri Sembilan. (Sekarang Sekolah Kebangsaan Tengku Laksamana Nasir). Dalam 44 orang murid tu tak kan sorang pun tak cam muko masing-masing.Den yang mano satu ye.Kadang-kadang den pun tak cam. Tapi yang pasti kito somuo eh kiut miut maso tu. Cubo-cubolah kau orang perati dan amat-amati wajah kau orang maso tu dan bandingkan dongan sokarang. Den sajo biarkan den tak bonama sopayo kau orang dapek mengaktifkan pikiran kau orang balik.Cukuplah sotakat ni dulu untuk kali ni kok ado joki kito jumpo lai dalam laman ni. Somontaro tu dan tinggakan kau orang dengan petitih ni kalau datang nampak dopan, balik nampak belakang.