Al-Quran

Saturday, April 20, 2013

Lagu Kempen Mengundi Pilihan Raya (PRU)

Kerana hari ini adalah penamaan calun bagi Pilihan Raya Umum (PRU) 2013, maka posting kali ini adalah lagu kempen menyeru bagi sesiapa yang layak untuk keluar mengundi pada 5 May 2013 nanti. Lagu yang pertama ini yang sering kita dengar bagi sesiapa yang lahir lewat 60'an.



Lagu yang dinyanyikan oleh Zainal Alam ini pula nostalgia bagi yang mengundi diawal pembentukan Melaya dan seterusnya Malaysia (1963)



Ini pula adalah bagi saya gabungan kedua buah lagu diatas. Lagu yang menepati citarasa anak muda zaman sekarang.



Tak lupa juga yang ini...hehehehe



Untuk yang keberapa kalikah pilihan raya diadakan ditanah air kita ini, ada yang mengatakan ke 13 dan ada yang mengatakan ke 14. Dibawah ini senarai pilihan raya yang telah diadakan menurut wikipedia.








Thursday, April 11, 2013

Lagu-Lagu Loghat Negeri Sembilan Vol 2

Lagu pertama nak dipostkan ini sangat hampir dengan hati dan jiwa aku, popular sewaktu aku merantau jauh dari kampung dengan pertuturan khalayak sekeliling amat susah difahami. Mujurlah cepat dapat belajar adat resam,budaya dan dailek mereka. Lagu inilah yang dapat mengubat kerinduan pada kampung halaman.



Berikut ini juga sebuah lagu yang semacam ada urutan dari lagu diatas tadi, apabila meninggalkan jauh kampung halaman, sesekali balik ke kampung tak dapat tidak kita akan mencari rakan-rakan lama kawan sepermainan . Tetapi kebanyakan mereka juga seperti aku membawa diri mencari rezeki ditempat orang.


Dan ini pula sebuah lagu rakyat, terkenang masa persekolahan dulu waktu dihujung tahun murid-murid membuat persembahan dan lagu rakyat ini tidak lepas dari aturcara. Bagitulah budaya ditanam dengan tidak secara lansung,tanpa budaya tak kenal bangsa. 



Tunggu....koleksi yang lain pula. Mudah mudahan terhibur!

Sunday, April 7, 2013

Keletah Anak Kecil Boleh Menghiburkan

Maaf catatan kali ini tak dapat lari dari hal-hal peribadi. Hujung minggu ini tidak banyak yang dilakukan selain menghadir  pertunangan cucu saudara di Seremban  itu pun disampingan tugas mengambil gambar. Juga sambil  duduk-duduk meng'edit' vedio anakku tengah mempamerkan krativitinya,



Jangan marah hah......



Friday, April 5, 2013

Nostalgia

Kehidupan dikampung sewaktu waktu dahulu tidaklah semewah kehidupan sekarang, dibandar maupun dikampung. Waktu dirasakan sangat perlahan berlalu. Seumur lagi kecil masa yang berlalu hanya mengikut kedua orng tua kesawah. kebetulan dikampung ini dikelilingi oleh bukit bukau lalu membentuk lembangan yang subur untuk bercucuk tanam dan menanam padi. Setelah penat bermain lumpur masanya pula untuk terjun ke sungai yang sangat jernih dan bersih airnya. Kadang-kadang mengikut ayah menjala ikan untuk dijadikankan lauk hidangan tengahhari nanti. Inilah saat yang paling seronok yang tidak dapat diulangi atau dirasai oleh anak-anak zaman sekarang. 

 

Walaupun berpuluh tahun aku meninggalkan pekan kecil ini, landkapnya hampir sama kecuali beberapa penambah baikkan kepada kedua-dua sekolah rendah maupun menengah. Sekolah Agama Rendah yang terletak dalam kawasan Masjid Di Raja Tunku Munawir telah dihuni oleh pelajar-pelajar tahfis. Alhamdulillah.

Ada satu lagi landmark yang aku cari agak lama juga, seingat aku kartunis Lat pernah mengabadikan dalam lukisan kartunnya iaitu puntu gerbang Seri Menanti yang terletak dihadapan pejabat pos. Khabarnya pintu gerbang ini berkecai dilanggar lori. Pernah juga mencari di internet dan melukis gambarnya melalui ingatan saja yang masih tersimpan dikepala lalu memuat naik ke laman Fb hinggalah satu ketika kawan di FB memuatnaik gambar sebenarnya.

  
Hasil perahan otak terhasillah lukisan kasar seperti di atas beberapa tahun dahulu.



Dan ini adalah gambar sebenar pintu gerbang tersebut.


Gerbang Seri Menanti baru terletak beberapa meter dari tapak gerbang lama.

Gerbang ini berbentuk tanduk kerbau sesuai dengan negeri ini yang mengamalkan adat Minangkabau Pagar Ruyung. Negeri beradat perpatih nan sebatang.

Tuesday, April 2, 2013

Kerajaan Negeri Sembilan Yang Sementara

Kemaskini 3 April 2013


Tetapi cuba dengar pengumuman mulai pada minit ke 0.28.
=====================================================================

Pada tengah malam 27 Mac 2013 yang lepas telah tamat penggal dewan undangan Negeri Sembilan yang dipilih oleh rakyat pada PRU 2008. Kononnya inilah sejarah pada kerajaan Negeri Sembilan. Belum ada  lagi peristiwa sebegini berlaku di Malaysia yang sangat dicintai ini. Berikut print screen dari beberapa laman sesawang.


Sehingga sekarang belum ada tanda-tanda atau pengumuman dari SPR bila pemilihan akan dibuat di negeri ini.

Monday, April 1, 2013

Lagu-Lagu Loghat Negeri Sembilan Vol.1

Mari cuba mengenal Negeri Sembilan; negeri beradat melalui beberapa buah lagu yang popular disatu masa dahulu. Kenali dahulu melalui loghatnya walaupun ada yang tidak tepat tutur percakapannya. Semuga serba sedikit akan dapat membantu mengenalinya.


Pulang Merantau: Umi Kalsom (Dari filem Tunang Pak Dukun)




Apo Nak Dikato: Blues Gang




Lagu Anak Bochek: Lagu rakyat

Lain -lain lagu akan di muatnaik dimasa akan datang. Sementara itu enjoyyyyyy......




Tuesday, March 26, 2013

Alhamdulillah

Sudah agak lama tidak menjengah rumah ini, dah bersawang dan penuh dengan habuk. Aku pun tak tau dimana hendak memulakan catatan ini. Sesungguhnya tidak tau dan fikiran pun kosong. Tapi tidak mengapalah, akan aku cuba;

Kehidupan ini bermula dengan kelahiran dan akan berakhir dengan kematian, itu sudah pasti. Berbeza kelahiran boleh dijangkakan tetapi tidak dengan kematian. Oleh itu kita disarankan untuk berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk mengejar kebahgian di dunia dan akhirat.

Kenikmatan didunia ini aku telah tempoh melebihi setengah abad. Ulang tahun kelahiran baru berlepas beberapa hari yang lalu., syukur pada Allah kerana memberikan kesihatan yang baik juga pada aku. Mudah-mudahan aku menjadi insan yang lebih mensyukuri rahmat Mu.