Al-Quran

Wednesday, November 30, 2011

Berat Hati Berat Tangan













Sudah lama tak update blog ini, hari ini dikejutkan oleh seseorang supaya kembali kepada blog. Tapi aku tak tau apa tajuk yang baik untuk ku tulis dan ulas.

Nak cerita pasal bola sepak, sudah berminggu Negeri Sembilan menjuarai Piala Malaysia setelah mengalahkan pasukan negeri Terengganu (29/10/11), beberapa hari lepas skuad N9 juga telah mengalahkan pasukan pilihan negeri Kelantan dan mengalahkan pasukan Bangladesh 3-2.
Musim depan Negeri Sembilan akan kehilangan beberapa tonggak yang berhijrah kepasukan pilihan mereka, walau apa pun kita mengharapkan supaya N9 akan cermelang musim hadapan dan ucapkan tahniah pada mereka.

Nak ulas kemenangan pasukan kita di SEA game yang memperolehi ibu segala pingat pun dah ramai yang mengulasnye dan memberikan ucapan tahniah. Tapi kemenangan N9 juga yang masih diperkatakan orang, hehehehehehe

Saturday, June 18, 2011

Tahniah!








Foto: n9kini.com

Petikan laporan Bernama;


Qari Negeri Sembilan, Qariah Johor Johan Tilawah Peringkat Kebangsaan Ke-54

KUCHING, 17 Jun (Bernama) -- Qari Negeri Sembilan Amirahman Abas dan qariah Johor Suraya Abu Hassan muncul johan tilawah Al-Quran peringkat kebangsaan ke-54 yang berlangsung di Dewan Majlis Islam Sarawak Jumaat malam.

Mereka masing-masing menerima hadiah wang tunai RM15,000, piala pusingan, piala iringan, sijil dan pakej haji, serta mewakili Malaysia pada tilawah Al-Quran peringkat antarabangsa.

Tempat kedua dimenangi qari Perak Anuar Hasin dan qariah Sarawak Roziah Ayup yang membawa pulang wang tunai RM7,000, piala iringan, hadiah iringan dan sijil.

Pemenang tempat ketiga ialah qari Terengganu Ahmad Tirmizi Ali dan qariah Nor Azrah Ayub (johan menunggu) yang membawa pulang RM5,000, piala iringan, hadiah iringan dan sijil, manakala peserta lain menerima hadiah saguhati berupa wang tunai RM2,000, hadiah iringan dan sijil.

Hadiah disampaikan Yang Dipertua Negeri Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng dan isteri Toh Puan Norkiah.

Seramai 29 qari dan qariah dari seluruh negara mengambil bahagian pada tilawah kali ini yang bertemakan '1Malaysia, 1Ummah" dan bermula 13 Jun lepas.

-- BERNAMA

Thursday, March 24, 2011

Jubli Emas

Hari ini dinar emas bank negara diniagakan RM 4,621 = 1 oz. Emas suatu bahan galian yang berharga kepada manusia berabad abad lamanya sehinggkan bahan galian yang hitam juga kita memberi gelaran emas hitam iaitu minyak.

Bagaimana pula usia emas, adakah manusia itu akan dihargai dan disayangi? Dari segi penampilan bagaimana? Adakah pemikiran dan pengalamannya akan dihargai atau setidak-tidaknya menjadi panduan kepada yang lain-lain. Wah! banyaknya persoalan yang ada dalam kepala.

Hari ini telah sampailah umur ku menyambut Jubli Emas. Rasanya singkat sekali masa berlalu dan meninggalkan kita. Besyukur aku kepada Allah subhanahuwataala yang menjadikan dan menghidupkan aku didunia ini. Memberikan kesihatan yang sangat baik dan hidup dalam aman dan tenteram. Rasanya baru saja zaman kanak-kanak dan muda belia aku lalui. Bagaimana melalui zaman itu dengan agak payah dan mengenang zaman muda melihat ibu dan ayah membesarkan dan mmendidik aku.

Bagaimana pula agaknya episod yang selanjut selepas ini dalam meniti usia setengah abad. Melihat anak-anak membesar dengan seribu macam pancaroba. Generasi ku diasak dari perbagai sudut. Ya Allah, berilah mereka ketabahan dan janganlah Kau uji mereka sehingga mereka melupai Mu. Jauhkanlah keluarga ku dari kekufuran.

Begitulah kalau sudah menjangkau umur jubli emas, banyak yang difikirkan hal-hal keluarga sehingga kulit menjadi kendur, mata menjadi kabur, gigi mulai gugur, uban mulai bertabur semuanya itu tanda makin dekat kekubur.




Monday, March 14, 2011

Alam Terkembang Jadikan Guru

Sudah lama tidak membuat posting di blog ini. Memandangkan Facebook agak perlahan dan membosankan, kembali kesini untuk mencoret kembali.

Kembali kepada tajuk, begitulah perbidalan orang tua-tua. Apa yang ada dimuka bumi ini menjadi pedoman dan pengajaran. Alangkah indahnye dunia ini. Begitu sekali mereka menyusun kata-kata.

Photo yang baru dipoting ini diambil pada 12/03/2011 berhampiran sungai Linggi, sempadan Negeri Sembilan dengan Melaka.

Tuesday, December 7, 2010

Selamat Menyambut Maal Hijrah 1432



Bertambah umur kita setahun lagi- bertambahkah amal kita? Semuga dengan pertambahan umur akan bertambahlah iman dan takwa kepada Allah. Semuga kita dalam peliharaan Allah untuk selamanya.

Monday, August 30, 2010

Malam Lailatul Qadar Malam Merdeka




Malam ini adalah malam ke 21 dalam bulan ramadhan untuk tahun ini. Ulama menyarankan agar melipatgandakan amalam untuk malam 10 yang terakhir ini. Ada yang menyatakan maghrib, isyak dan taraweh telah mencukupi, ada yang menganjurkan di penghujung malam, ada juga yang menganjurkan sepertiga malam dan tidak kurang dikeseluruhan malam. Dimanakah kedudukan (aku)/ kita? Beserdahana mungkin jawapan yang sesuai



Besok juga adalah hari ulangtahun kemerdekaan Malaysia yang ke 53 dengan tema 1 Malaysia Menjana Tranformasi. Syukur juga malam kemerdekaan ini jatuh dalam bulan ramadhan - acara huburan banyak dikurangkan, setidak tidaknya. Sembilan bulan nanti Malaysia juga tidak menanti kelahiran yang tidak diingini.

Wednesday, August 25, 2010

Ramadhan Dah Setengah Bulan




Diam tak diam ramadhan tahun ini telah berlalu 15 hari. Teringat masa dulu-dulu kepala dah berdegar kelantai surau, imam masih lagi tegak berdiri, tersasul beb. (janganlah diperdebatkan soal kunut ini hendaknya...)

Ustaz-ustaz menyarankan supaya kita melipat gandakan lagi ibadah pada 15 hari terakhir ini. Ada mengatakan 15 hari terakhir ini malam yang teristimewa akan berlaku dalam salah satu malam ini. Tetapi apa yang berlaku orang telah mulai kurang dan saf makin pendek. Malam rahmat malam seribu bulan semuga dipertemukan...