Al-Quran

Saturday, December 27, 2008

Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan mangkat











27/12/2008 1:01pm

SEREMBAN 27 Dis. - Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tunku Jaafar Tuanku Abdul Rahman mangkat di Hospital Tuanku Jaafar di sini pagi ini.

Almarhum sebelum itu dimasukkan ke hospital tersebut setelah mengadu sakit dada.
Ketika ini jenazah masih lagi berada di Hospital Tuanku Jaafar dan akan dibawa ke Istana Hinggap Seremban.


Difahamkan jenazah almarhum akan dikebumikan esok.

Thursday, October 30, 2008

Telah Tiba Musim Haji

Bulan Syawal telah pun berlalu kini tibalah bulan Zulkaedah. Hari ini ramailah yang berpusu pusu menghantar sanak saudara ke Lapangan terbang/Kelana Jaya. Semuga mereka selamat sampai menyahut seruan dan akan balik kepangkuan keluarga dengan selamat dan mendapat haji yang mabrur, amin.

Semuga disatu hari nanti den dapek mengikut jojak mereka semuo. Kalau buleh tu janganlah umo dah tuo bona. Dapek dapek lak kudrat tongah kuek ni banyak banyak bersukorlah.

Wednesday, October 1, 2008

Selamat Hari Raya@1Syawal 1429Hijrah

Pertamo-tamo semuao eh dah sempurno. Baik poso eh, zakat fitrah eh dan macam-macam lai lah. Pasal kueh ni den tak masuk campo, kan nyo susah bona zaman sekarang ni, kata orang pakai tolunjok yo. Kalau zaman den bebudak dulu yo lah, seingat den omak mulo lah sibuk mulo-mulo kumpokan tolo ayam, habih petarang ayam kono rabo. Lopeh tu mencari sabut nyio. Lopeh saho mulo puko tolo, berasaplah rumah lopeh tu baka kueh bahulu. Bebudak zaman sekarang ni mano deh jumpo somuo tu. (Baka kueh pakai api sabut!!??). Dah habih buek bahulu cari pulak daun keladi, tak gatal ke, maso mengambik eh kalau tak boto-boto memanglah gata. Caro eh duo helai daun keladi tadi hendaklah ditangkupkan antara satu samo lain, barulah tapai tak merah. Mintak pulut maso bolom omak den bungkuih tu bolehlah, dah mulo deh bungkuih tapai ni janganlah nak bercakap dengan omek, memang tak kono layan, kono joling adolah. Lopeh tu barulah den tau dan faham, bungkuih tapai ni tak boleh bercakap dengan orang, makno eh kono sombonglah kojap. Itulah antaro nostalgia den zaman dulu-dulu. Sekarang ni mano nak dapek oi!
Zaman sekarang ni anak-anak tak tau apa-apa tentang semua itu. Mereka hanya tau baju nak baru, kasut nak baru kalau boleh semuanya nak baru. Dah minta yang baru, pilihan semua atas kehendak dan keinginan mereka. Semua citarasa mereka. Langsir rumah pun mereka dah pandai tanya, "tak tukar langsir ke mak." Syukur alhamdulillah dapat jugalah aku mengadakan untuk mereka sepasang dua. Macam yang aku tuliskan dulu tak semuanya dibeli diwaktu terdekat ini. Orang-orang seperti aku ni kenalah beringat dua tiga bulan dahulu, beli secara berdikit-dikit. Hendak pula semua balang sutah naik halega,minyak naik, sinang cakap semua balang pon ikut naik lo. Atak paham ka. Inflasi cikalang sutah cicah ah angka 8.5%. Apa macam?. Luit ah 50 linggit pegi pasa malam pon cinag-cinag boleh habit sikitjam saje. Ai yah!
Dia olang cakap cinaglah ,seledehana seledehana, semua balang mulah mana ade kualiti,itu semua ah balang dali Cina ,lu tengok, susu pun ada malamin, apa balang pun gua tak tau la.
Eh! kau pun raya ke? Apa Cina pon laya lo. Gua pun boleh nyanyi itu lagu ahmad jait.
Mengikut pengumuman dia orang pergi skodeng anak bulan pada 29 September 08, rekod yang aku ingat hanya sekali anak bulan tak due, itu pun masa aku kanak-kanak lagi. Lain lain tu semuanya dah due. Kalau macam tu hari raya aidilfitri 30 Sept atau 01 Okt 2008.
Maaf Zahir Batin

Saturday, September 20, 2008

10 Terakhir Ramadhan

Hari ini umat islam telah pun memasuki fasa terakhir Ramadhan. Fasa ini dikatakan penuh dengan rahmat.Fasa dimana Al Quran mula diturunkan kepada junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w. Malam Lailatul Qadar malam seribu bulan, malam dimana malaikat dan Jibril turun dengan izin Allah membawa kesejahteraan hingga terbit fajar. Malam yang tiada tandingan tetapi tidak diketahui bilakah malam Lailatul Qadar itu berlaku. Tetapi Rasullullah telah membayangkan malam itu dan menasihatkan sepaya membuat persediaan.
Malam-malam yang ganjil itu sudah pastilah malam ini hingga keakhir bulan. Guru aku pernah mengatakan malam yang ganjil itu bermula pada malam 19 Ramadhan. Tentang bila bermulanya waktu Lailatul Qadar tak penting yang penting pengisian disepanjang bulan itu dilakukan dengan sempurna dan seikhlas mungkin.
Semua orang berhajat untuk bertemu malam Lailatul Qadar. Malam yang penuh hikmah yang dirahsiakan. Sesiapa yang menemuinya dianjurkan berdoa untuk kebaikan dan kesejahteraan dan keampunan. Anatar doa yang dianjurkan ialah,"Ya Allah, ya Tuhanku, sesungguhnya Engkau sentiasa memaafkan salah silap hambu Mu ini, Engkau lagi suka memafkan, oleh itu maafkan salah silapku".

Monday, September 1, 2008

01Ramadhan1429@01September2008



Selamat menyambut Ramadhan dan selamat berpuasa. Bersyukurlah kita diketemukan lagi dengan Ramadhan tahun ini. Semuga segala amalan bagi bulan yang mulia ini diterima Allah. Kerjakanlah dengan bersungguh-sunguh dan dengan niat yang satu, hanya kerana Allah. Bagi anak-anak cukuplah selama ini ibu dan ayah memberi 'upah' berpuasa seringgit dua itu. Ganjaran yang sebenar bukanlah RM. Sekiranya kita berpuasa banyak yang akan mendoakan kita umpamanya tempat tidur akan berdoa supaya kita diberkati dan dirahmati oleh Allah dan dengan niat untuk bersolat ia akan berdoa lagi supaya Allah memberi tempat tidur yang tinggi di syurga. Kiranya kita berpakaian, pakaian akan berdoa, sekiranya kita mengenakan sepatu, sepatu akan berdoa tatapkan tapak kaki dijambatan saratulmustakim. Allah maha besar pengetahuanNya, sekiranya kita berdoa Allah menerima,kita meminta Allah memberi, kita memohon keampunan Allah maha mengampuni. Tahniah dan Selamat Menyambut Ramadhan.

Sunday, August 31, 2008

Hari Merdeka/Kebangsaan Ke 51

.

Merdeka kah kita setakat laungan-laungan sahaja, merdekakah kita hanya setakat menati pesta-pestaan di Padang Merdeka, di KLCC atau dimana sahaja. Kehadiran siapakah yang paling banyak ditempat itu atau ada dalam tanggapan, yang tidak hadir tidak petriotik lalu selepas detik 12 malam itu anak-anak kita tak ketahuan hala tujunya. Kemanakah mereka tuju selepas itu, adakah mereka terus pulang dan berfikir sebelum tidur atau adakah mereka lepak-lepak ditempat tadi . Yang nyata fikiran kita belum merdeka sekiranya kita membenarkan diri dan keluarga kita terjebak dalam kemungkaran. Kasihanilah mereka. Kita boleh menyanjungi pejuang terdahulu membela meruah ibunda, tapi siapakah yang menjaga meruah kita sekarang? Oleh itu aku menyeru diri aku dan isteri aku melindungi anak-anak dari perlakuan sebegitu. Marilah kita menyambut hari ini dengan cara yang paling afdal dan baik untuk semua.

Ini ada lagi cerita menarik, serupa tapi tak sama, tak sama tapi hampir serupa. Di sebelah kanan gambar ialah logo Hari Kebangsaan Ke51 tahun ini (2008). Dan disebelah kiri ialah logo barangan buatan Taiwan. Setelah diamati gambar itu apakah yang ada dalam fikiran kita. Walau apapun selamat menyambut hari merdeka.

Friday, August 8, 2008

06 Syaaban1429H/08.08.08


Ada apa dengan tarikh? Tiada apa yang istimewa dengan tarikh, ia hanyalah satu angka yang manusia yang taksub dengan sesuatu yang dianehkan tetapi hakikatnya tidak begitu. Satu tarikh hanyalah tarikh yang dapat mengukur atau menghitung hari yang ada dan hari yang telah lepas. Hari ini ialah perasmian Sukan Olampik Baijing, semuga kontijen kita akan berjaya seperti yang dirancangkan.
Tapi bagi aku hari ini sudah amat genting bagi orang-orang seperti aku kerana hari ini tahun hijrah telah menjangkau ke bulan Syaaban diantara tiga bulan yang dituntut menggandakan amal ibadat seperti berpuasa sunat. Selepas ini tentulah bulan Ramadhan akan menjelma seterusnya Syawal. Inilah yang aku katakan genting tadi kerana perbelanjaan sebelum bulan Syawal dimana membeli pakaian baru anak-anak dan perbelanjaan lain lain agak memeningkan dengan keadaan ekonomi sekarang ini. Bagaimanakah hendak bersederhana dengan input yang ciput. Bagaimanakan agaknya rupa pakaian yang dan makan yang sederhana. Bagaimanakah rasanya makanan yang sederhana (selama ini tekak mereka telahpun lali dengan beras 15% hancur)bagi orang-orang yang telahpun hidup sederhana. Tanyalah mereka yang menyarankan hidup sederhana itu, selalukah mereka makan nasi dari beras 10% hancur, setidak-tidaknya atau 5% hancur. Walau apapun mari kita berhibur dengan lagu Hang Mokhtar ini yang aku ambil dari youtube. Kepada penyanyi ini yang aku ikuti dari zaman 80'an lagi tolong benarkan aku menggunakan video ini ye.

Manusia juga dikurniakan akal, bagi orang seperti aku bolehlah berdikit-dikit dari sekarang untuk membuat persedian keperluan anak-anak (macamlah ramai) bagi menyambut hari bahgia itu. Tak buek macam tu sapo nak nolong eh nanti. Budak-budak mano deh goti kito boduit ko tak, tau aadoo yo.