Monday, February 25, 2019

Gunung Besar Hantu-Jelebu

Pengsan sebelum meninggal ketika daki gunung

Maarof Mohd. Rashad sebagai Undang Luak Jelebu ke-16-tak direstui

Dato' Lembaga Luak Jelebu akan kemuka bantahan rasmi

Dato' Lembaga Luak Jelebu akan kemuka bantahan rasmi
ELEBU 20 Feb. - Para Dato' Lembaga Delapan Luak Jelebu akan mengemukakan bantahan rasmi terhadap penerimaan pengisytiharan pelantikan Maarof Mohd. Rashad sebagai Undang Luak Jelebu ke-16.
Persetujuan untuk mengemukakan bantahan itu telah dicapai dalam satu mesyuarat yang diadakan di Kuala Klawang hari ini yang dihadiri oleh para Dato' Lembaga, Buapak dan Anak Waris Kemin.
MOHD. RATHI SHAMSUDINDato' Shahbandar Mohd. Rathi Shamsudin berkata, surat bantahan itu akan dihantar kepada Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir selaku Pengerusi Dewan Keadilan dan Undang Negeri Sembilan.

"Salinan turut dihantar kepada Undang Yang Empat, Menteri Besar, Setiausaha Kerajaan Negeri dan Setiausaha dewan tersebut.
"Kami merayu bantahan ini dapat dipertimbangkan dalam usaha mempertahankan nama baik institusi Undang Luak di negeri ini," katanya di sini hari ini.

Pada Rabu lalu, para Dato' Lembaga terkejut dengan penyebaran surat Dewan Keadilan dan Undang Negeri Sembilan melalui aplikasi WhatsApp.
Kandungan surat itu yang ditandatangani Setiausaha Dewan Keadilan dan Undang Negeri Sembilan, Datuk Jemal Zainal Kasim menyatakan mengenai pengesahan terhadap pelantikan Maarof sebagai Undang Luak Jelebu ke-16.
Mohd. Rathi yang juga Setiausaha Lembaga Delapan luak itu berkata, seramai 30 orang yang telah memohon disenaraikan sebagai calon penyandang Undang Luak itu juga bersetuju menandatangani bantahan tersebut.
Tambahnya, bantahan itu sedang disiapkan dan akan dikemukakan kepada pihak yang berkenaan secepat mungkin.
Beliau memberitahu, para Dato' Lembaga luak itu juga akan memohon injunksi mahkamah bagi menghalang pelaksanaan pelantikan tersebut.

Utusan online



Sunday, February 24, 2019

Montori Bosa Daki Gunung Angsi

Aminuddin cabar diri daki Gunung Angsi

Aminuddin dan isteri tidak menyangka boleh sampai ke puncak

SEREMBAN – Buat pertama kali dalam sejarah hidupnya, Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun mencabar diri dan berjaya mendaki Gunung Angsi yang mempunyai ketinggian 825 meter di Jalan Bukit Putus Seremban - Kuala Pilah di sini, hari ini.
Seawal jam 7.50 pagi, Aminuddin bersama isteri Datin Seri Wan Hasni Wan Yusof disertai anak mereka Nur Amalina,25; Mohd Irfan, 20; Nur Athira Basyirah,17 dan Mohd Farid Hazim,12, memulakan pendakian dan selamat sampai ke puncak tepat jam 10 pagi.
Berkongsi pengalamannya pertama kali mendaki, Aminuddin berkata, beliau sendiri tidak menyangka boleh sampai ke puncak meskipun terpaksa berhenti beberapa kali kerana kepenatan dan tidak menolak untuk cuba mendaki gunung lain di negeri ini, namun bergantung kepada kesihatannya.
Aminuddin dan isteri berehat seketika sebelum sampai ke puncak.
Aminuddin dan isteri berehat seketika sebelum sampai ke puncak.
“Keputusan nak ‘hiking’ bersama keluarga ini dibuat saat akhir. Selama ini saya hanya tengok rakan-rakan lain yang sertai aktiviti ini dan timbul juga rasa cemburu.
“Jadi saya cuba cabar diri dan sampai juga ke puncak dan selamat turun jam 1.45 petang. Sepanjang mendaki, saya juga tak rasa sesak nafas atau sakit, cuma pergerakan tidaklah selaju pendaki lain,” katanya kepada Sinar Harian.
Menurutnya, peluang melakukan aktiviti itu membolehkan beliau melihat gunung terbabit yang baru dinaik taraf.
Aminuddin (tiga, kanan) bersama isteri dan anak-anaknya yang berjaya sampai ke puncak Gunung Angsi.
Aminuddin (tiga, kanan) bersama isteri dan anak-anaknya yang berjaya sampai ke puncak Gunung Angsi.
“Melalui pemerhatian yang dilakukan, saya yakin Gunung Angsi boleh berkembang menjadi salah satu produk utama pelancongan Negeri Sembilan. Lagipun aktiviti mendaki ini sudah jadi satu ‘trend’ dan saya diberitahu seramai 500 orang yang mendaki gunung ini semalam.
“Kerajaan negeri juga sudah mempunyai pelbagai perancangan untuk menambah baik lagi kawasan ini dan sekitar termasuk jalan lama Bukit Putus bagi menarik minat pelancong dari dalam dan luar negara,” katanya.
Sementara itu Pengarah Jabatan Perhutanan negeri, Salim Aman berkata, antara penambahbaikan dilakukan ketika penutupan trek Gunung Angsi yang bermula 3 hingga 31 Disember lalu ialah pembinaan wakaf baharu menggantikan pondok uzur di puncak gunung.
“Selain itu, kita juga membina pondok dan kerusi di beberapa ‘check point’ di sepanjang laluan, terutama di kawasan yang mempunyai pemandangan cantik bagi membolehkan pendaki berehat dan bergambar.
“Tali serta tangga besi di beberapa kawasan di sepanjang dua trek pendakian bermula di Jalan Lama Bukit Putus dan Hutan Lipur Ulu Bendul itu juga ditukar, trek yang rosak dan licin terutama di kawasan curam pula diperbaiki,” katanya yang turut menyertai pendakian besama Aminuddin.