LMNS hasil dokumentari tapak megalit
WARTAWAN SINAR HARIAN
20 FEBRUARI 2017
KUALA PILAH - Satu dokumentari mengenai tapak megalit di negeri ini sedang dihasilkan untuk pengetahuan masyarakat dan sebagai rujukan pada masa hadapan.
Penolong Kurator Unit Monumen dan Tapak Tanah Bersejarah Bahagian Antikuiti Lembaga Muzium Negeri Sembilan (LMNS), Mohd Nazim Abd Gaman berkata, kerjasama dengan media penyiaran menerusi dokumentari yang dihasilkan mampu mengetengahkan sejarah kewujudan dan tapak-tapak megalit di negeri ini kepada masyarakat luar.
“Tapak-tapak megalit juga berpotensi besar menjadi daya tarikan utama pelancong ke negeri ini di samping tempat-tempat bersejarah dan kawasan peranginan lain.
“Tapak megalit ini memiliki keunikan tersendiri yang perlu diungkai dan perlu diambil tahu oleh masyarakat, khususnya dalam negeri ini," katanya di Kampung Padang Lebar, Terachi.
Mohd Nazim berkata, pelbagai usaha dilaksanakan LMNS untuk menyampaikan informasi kepada penduduk agar monumen berkenaan tidak lupus begitu sahaja.
Menurutnya, dokumentari membabitkan beberapa lokasi seperti di Kampung Padang Lebar, Tanah Perkuburan Islam Kampung Pauh, Terachi, Kampung Kuala Talang dan Kampung Purun di Tanjong Ipoh.
“Melalui inventori yang dijalankan, ia bukan sahaja dapat merekodkan tapak berkenaan malah dapat memulihara serta mengekalkannya agar tidak hilang ditelan zaman dan menjadi khazanah yang tinggi nilainya kepada negeri ini.
“Khazanah ini perlu sama-sama dipelihara, bukan hanya tanggungjawab LMNS tetapi penduduk kampung juga. Jika ternampak mana-mana tapak telah dirosakkan ataupun berlaku vandalisme, segera maklumkan kepada LMNS,” katanya.
Beliau berkata, dengan tersiarnya dokumentari mengenai tapak megalit itu, sedikit sebanyak mampu menarik lebih ramai penyelidik untuk melakukan kajian.
link