Thursday, August 20, 2009

MARHABAN YA RAMADHAN 1430H

Anak bulan Ramadhan telah pun di sokodeng oleh ahli-ahli sekodeng yang bertauliah petang tadi,khamis 20 Ogos bersamaan 29 Syaaban 1430 Hijrah. Mungkin agaknya anak bulan lebih pandai mengelakkan dirinya dari disekodeng, oleh itu puasa atau 1 Ramadhan telah terjun pada hari sabtu 22 Ogos 2009. Selamat menyambut Ramadhan 1430 Hijrah untuk semua terutama anak-anak dan isteri aku. Semuga di bulan ini dapatlah kita membersihkan rohani dan jasmani. Kerana puasa dalam bulan ramadhan adalah rukun islam yang ketiga yang wajib ditunai jika telah memenuhi syaratnya. Bulan dimana kitab suci alquran diturunkan. Bukan bulan pesta-pestaan hiburan dan makanan dan bukan bulan pesta beli belah (sales) tapi terimalan sales dari Allah dalam bulan ini.

يٰٓـاَيُّهَا الَّذِيۡنَ اٰمَنُوۡا كُتِبَ عَلَيۡکُمُ الصِّيَامُ کَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِيۡنَ مِنۡ قَبۡلِکُمۡ لَعَلَّكُمۡ تَتَّقُوۡنَۙ‏ ﴿۱۸۳

yaa ayyuhaa alladziina aamanuu kutiba 'alaykumu alshshiyaamu kamaa kutiba 'alaa alladziina min qablikum la'allakum tattaquuna

183. Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa,

Semuga anak-anak dan adik-adik dapat pengajaran dari video ini.






Cuba dengarkan lagu ini pula



Betapa syahdunya pula lagu ini, dalam kesyahduan menuntut pengertian.

Thursday, August 13, 2009

Ustaz Asri Rabbani meninggal dunia

Pagi ini aku dan dunia hiburan dikejutkan lagi dengan berita ini, yang aku petik dari mStar online





Khamis Ogos 13, 2009

Ustaz Asri Rabbani meninggal dunia

Tinggal kenangan..Asri (dua dari kiri, bawah) ketika bersama anggota Rabbani yang lain pada dua hari lalu ketika majlis sidang media dan memeterai satu lagi perjanjian kerjasama bersama Hotel Singgahsana untuk terus membuat persembahan di hotel tersebut sepanjang bulan ramadan yang bakal tiba nanti. -foto The Star

PETALING JAYA: Vokalis kumpulan nasyid Rabbani, Ustaz Mohd Asri Ibrahim, 40, disahkan meninggal dunia kurang sejam yang lalu akibat serangan jantung di Hospital Pantai, Bangsar.

Menurut rakannya, Azadan, jenazah arwah Asri akan dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) selepas ini.

Dimaklumkan, arwah meninggal dunia selepas jatuh pengsan semasa memberikan ucapan dalam sidang media program 'Syahadah' di Angkasapuri, Radio Televisyen Malaysia (RTM) kira-kira pukul 10.30 pagi tadi.

Asri dilahirkan pada 3 Ogos 1969 di Klang, Selangor.

Arwah meninggalkan seorang balu, Halizah Shahzan, 39, dan enam orang anak.

Asri menyertai kumpulan nasyid terkenal itu sejak ia ditubuhkan secara rasmi pada 1 Mac 1997 dengan dianggotai oleh sembilan orang termasuknya.

Asri juga pernah menyanyi secara duet dengan beberapa penyanyi terkenal seperti Mawi menerusi lagu 'Saksi' dan 'Mentari Merah Di Ufuk Timur' nyanyian bersama Amy Search.

Kehilangan Asri kini bermakna hilanglah tunjang Rabbani memandangkan arwah banyak menyumbangkan kemajuan prestasi sekaligus memberikan kejayaan kepada Rabbani.

Atas kejayaan itu, maka tidak hairanlah jika Rabbani dijulang sebagai Penyanyi/Artis Nasyid Popular di Anugerah Bintang Popular (ABP) selama lapab tahun berturut-turut.

Tidak kurang juga anugerah yang dicapai di Anugerah Industri Muzik (AIM) seperti Album Nasyid Terbaik 2001 (Iqrar - 1421), Vokal Berkumpulan Terbaik Dalam Album 2001 (Iqrar-1421), Album Terbaik 2001 (Iqrar-1421), Album Nasyid Terbaik 2002 (Intifada), Album Nasyid Terbaik 2003 (Qiblat) serta Album Nasyid Terbaik 2009 (Nostalgia Nada Murni) dan Lagu Nasyid Terbaik 2009 (Bila Nur Melimpah Di Hati).

Kemunculan Rabbani yang turut dianggotai oleh Mohd. Asri Baidul @ Ubaidullah, Azadan Abdul Aziz, Muhammad Luqman Abd Aziz, Muhammad Rithauddeen Yaakob, Mohamad Afandi Ahmad Shafie, Nazrul Azhar Tamrin dan Zulkiflee Azman ini adalah dengan konsep yang tersendiri.

Dalam tempoh lebih 12 tahun berada dalam industri ini, Rabbani telah menghasilkan 19 buah album seperti 'ARAH Dari Mana… Ke Mana…' (1997), 'Pergi Tak Kembali' (1999), 'Intifada' (2000), 'Yalla Beena' (2004) dan yang terbaru, 'Nostalgia Nada Murni'.

Bermula dengan berkonsepkan nasyid klasik, melalui irama-irama yang dipetik dari Timur Tengah, Afrika dan Andalusia, kemudian diadun dan diolah mengikut citarasa yang sesuai dengan era yang terkini.

Juga dipersembahkan bersesuaian dengan citarasa remaja.

Disamping itu ditampilkan dengan adunan muzik ala melayu timur dan digabungkan dengan adunan muzik timur tengah.

Dan kini Rabbani muncul pula dengan konsep yang lebih global dalam bidang muzik tanpa mengurangkan kualiti mesej yang akan disampaikan dengan menampilkan world music didalam lagu-lagu terbarunya.

Ini adalah untuk menjadikan irama nasyid ini akan terus segar dari semasa ke semasa dan terus diminati oleh semua golongan tanpa mengira had bangsa dan negara.

Bagaimanapun dalam menyampaikan irama nasyid ini mesej adalah yang paling utama sekali dengan berpersepsikan bentuk nasihat, dakwah dan panduan.

Sekurang-kurangnya sedikit demi sedikit pendidikan secara tidak langsung itu berjaya masuk ke ruang fikiran sambil berhibur.

Lantaran itu juga boleh mendorong sikap kita ke arah kebaikan.



Takziah dan Al Fatihah...

##Nostalgia NADAMURNI adalah album dari kumpulan HIJJAZ.


Wednesday, August 12, 2009

Dharmala NS Meninggal Dunia



Dalam melayari internet malam ini aku dikejutkan berita kepulangan kerahmatullah Dharmala NS atau Abdul Muluk Daud. Dibawah ini laporan Malaysiakini




Dharmala NS meninggal dunia
Aug 12, 09 4:01pm
Sasterawan dan budayawan Dharmala NS atau nama sebenar beliau Abdul Muluk Daud meninggal dunia di Hospital Selayang, Selangor kira-kira 8.45 pagi ini akibat sakit jantung.

Abdul Muluk, 62, yang turut mesra dengan panggilan Pak Dharma meninggalkan seorang balu dan enam orang anak - empat lelaki dan dua perempuan, antara 16 hingga 31 tahun.

Balunya Adiah Matlana, 54, berkata Dharmala diserang sakit jantung selepas bersahur bersama ahli keluarganya di Taman Seri Gombak, Selangor pada 4 Ogos lepas, lapor Bernama.

"Pak Dharma terus dikejarkan ke Hospital Selayang oleh ahli keluarga dan dimasukkan di Unit Rawatan Jantung (CCU) sehingga menghembuskan nafas terakhir pagi ini," katanya kepada agensi berita itu.

Abdul Muluk juga pengendali laman blog Warga Prihatin Malaysia (Prima).

Adiah berkata jenazah allahyarham dikebumikan di kampung asalnya di Kampung Bachang Mantin, Jelebu selepas solat Asar.

Allahyarham semasa hayatnya merupakan penulis novel, cerpen, sajak, drama televisyen dan penulis skrip filem Raja Melewar.

Novel hasil buah tangannya termasuklah Hanya Tinggal Kenangan, Lembah Tercinta dan Tinggal Kasih Tinggallah Sayang, sementara cerpennya pula Rumah Baru (antologi bersama), Sayembara II (antologi bersama), Sayembara III.

Drama TV karyanya antaranya Terbang Kenyalang dan Satu Anugerah
.





Takziah kepada keluarga beliau dan Al Fatihah untuk seorang penulis yang bernama Dharmala NS.




Dan ini adalah laman blog beliau http://abdulmulukdaud.blogspot.com/