Al-Quran

Monday, February 29, 2016

Pemakaian Destar: Satu Perbincangan

Terlebih dahulu saya ingin menarik perhatian kepada keratan akhbar ini yang diterbitkan pada 27/11/2010.

Keunikan destar Dendam Tak Sudah dan pemakaiannya


SEREMBAN 26 Nov. - Destar merupakan salah satu hiasan Melayu yang unik ciptaannya dan seringkali dikenali dengan pelbagai nama mengikut daerah seperti bulang hulu, tengkolok, setangan kepala, tanjak, sembulan dan lain-lain lagi.
Di sebalik pelbagai definisi ia tidak menyimpang daripada pengertian asal iaitu sejenis hiasan kepala.
Begitu juga destar pada mulanya dicipta untuk melindungi kepala daripada panas terik iaitu dengan melilit kepala dengan kain tetapi kini menempuh perubahan dari segi fungsi berbeza dari satu tempat ke satu tempat.
Hari ini destar menjadi satu hasil kesenian dan milik bangsa Melayu.
Di Negeri Sembilan, destar ini dikenali sebagai Dendam Tak Sudah dan mengikut cerita lisan, orang yang pertama menakuk destar Dendam Tak Sudah ialah Tuk Memperang Abdullah merupakan seorang Pegawai 99 Istana Suku Tanah Datar, Kampung Sawah Liat Seri Menanti.
Destar ini juga dibentuk atau ditakuk dengan lipatan yang mempunyai maksud tertentu.
Sebagai contoh destar yang ditakuk sebanyak tujuh tingkat (lipatan) adalah untuk golongan diraja, lima takuk adalah untuk Datuk Undang, tiga takuk bagi Datuk Lembaga dan dua takuk adalah untuk orang kebanyakan.
Sementara dari segi warna pula, kuning adalah milik raja.
Selain itu pemakaian Destar Dendam Tak Sudah ini juga ada peraturan pemakaiannya iaitu Destar Dendam Tak Sudah adalah destar rasmi Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan.
Manakala bagi rakyat biasa dipanggil destar Solok Timba selain itu setiap destar harus mempunyai unsur-unsur seperti takuk, lambaian kasih, tunas kasih, simpul kasih dan gelembung kasih.
Kedudukan lambaian kasih bagi Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan adalah di sebelah kanan kepala manakala bagi rakyat biasa adalah sebelah kiri kepala. Sementara kedudukan tunas kasih mesti selari dengan anak mata sebelah kanan.
Destar yang dipakai oleh Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan semasa adat istiadat mempunyai lambang peribadi Tuanku iaitu Changgai Puteri yang diperbuat daripada emas putih dan bertakhtakan berlian.
Ketika menghadiri majlis adat istiadat di Istana Besar Seri Menanti, pemakaian destar haruslah lengkap dengan baju Melayu, bersamping dan bengkung.
Warna destar tidak boleh dipakai sedondon dengan baju Melayu dan seluar melainkan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Datuk Undang dan Tunku Besar Tampin serta Putera Yang Empat.
Bentuk destar penuh dengan nilai seni dan keindahan yang masih kekal dan tetap disanjung walaupun tahun telah beredar dan zaman berubah namun destar tetap indah dan unik.


Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1127&pub=Utusan_Malaysia&sec=Selatan&pg=ws_05.htm#ixzz41Yx2kS72 
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Fahami cara berpakaian seperti takuk takuk  tertentu yang saya bold kan dan teks berwarna merah.  Dato' Dato' adat di istana hendaklah memahami cara pemakaiannya. Destar ini bukan destar untuk majlis perkahwinan mempelai raja sehari, kecuali ada individu penerima pingat yang memakai tengkolok jenis ini.



Alahyarham ayahanda Md Isa menunjukkan cara yang betul memakai Dendam Tak Sudah

Almarhum Tuanku Muhammad mendapat nasihat yang betul tentang pemakaian Dendam Tak Sudah




Datuk Bentara Istana Negara mengenakan  destar dengan Lambaian Ibu kearah depan
(Apa maksudnya)

Gambar-gambar dari pelbagai sumber internet
Lihat posting saya terdahulu disini




Saturday, February 27, 2016

Money Is King

Ada ungkapan yang menyatakan, "duit bukanlah segala-galanya" tetapi segala-galanya memerlukan duit. Katanya lagi, dalam hidup tidak memerlukan duit tetapi untuk hidup memerlukan duit hatta mati pun memerlukan duit sekarang . 

Sementara untuk menikmati duit agak jauh, nikmatilah dulu lagu yang berkisar tentang duit. Intergriti adalah penting jika kita menerima amanah.

Jangan sampai songlap orang lain punya duit.  Lebih malang lagi kalau termakan duit anak yatim.

























Wednesday, February 17, 2016

Kerjan Dan Pertabalan

Adat kerjan atau koghojan dalam dailek Negeri Sembilan terpakai kepada orang kebanyakan yang menjawat atau menyadang pusaka adat. Koghojan juga terpakai kepada undang yang empat .

Apabila seseoramg dipilih menyandang pusaka adat setelah dipilih oleh anak anak buah dalam suku-suku  yang berkaitan adat kerjan akan dilakukan dalam suku atau luak (bagi undang) yang berkenaan.
Adat ini dilakukan untuk menghebahkan atau memberi tahu anak-anak buah yang individu itu telah dipilih menyandang pusaka adat dan mengetuai suku berkenaan.

Pemilihan dalam adat perpatih ini dilakukan secara demokrasi, dari bawah keatas, atas pemilihan anak-anak buah. Seperti kata adat
         
                                                      bulat air kerana pembentung
                                                      bulat kata kerana muafakat
                                                      bulat anak buah menjadi buapak
                                                      bulat buapak menjadi lembaga
                                                      bulat lemaga menjadi penghulu
                                                      bulat penghulu menjadi undang
                                                      bulat undang menjadi raja

Setelah itu anak-anak buah terutamanya dalam suku berkenaan haruslah menghormati ketua adat ini sewajarnya. Katua-ketua adat ini juga wajib menjaga tingkah lakunya seiring penghormatan yang diberi oleh anak-anak buahnya. Begitu juga apabila ada kenduri kendara disebelah keluarga isterinya
dato' lembaga itu tidak boleh diperlakukan seperti orang semenda yang lain begitu juga isterinya tidaklah elok baginya  menyinsing lengan seperti orang lain.

Adat kerjan dilakukan oleh orang kebanyakan yang menyandang pusaka dato' lembaga manakala adat pertabalan pula bagi Yamtuan setelah dipilih oleh datuk-datuk undang yang empat.

Berikut ialah dokumentari pertabalan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan yang ke 12 Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir pada 26 Oktober 2009






Monday, February 15, 2016

Rumah Putih Seremban

Kisah sebalik Rumah Putih
Kisah sebalik Rumah Putih
Tugu di hadapan bangunan bagi memperingati pahlawan yang gugur.




BAGI mereka yang pertama kali melalui pusat bandar Seremban, pasti akan terpegun dengan sebuah bangunan putih yang terletak di bulatan jalan berhampiran Wisma Negeri.
Kalau di Amerika Syarikat popular dengan Rumah Putih atau White House, tidak ketinggalan di Negeri Sembilan juga ada.
Mungkin ramai tidak tahu, di bangunan putih itulah pernah menjadi pusat pentadbir ketika penjajahan British dan juga pejabat kerajaan negeri sebelum ia berpindah ke bangunan baharu di Wisma Negeri sehingga kini.
Ia juga pernah menjadi perpustakaan negeri dan hari ini, menjadi salah satu mercu tanda di bandar Seremban.

Dibina pada 1912
Mengikut sejarah, bangunan Rumah Putih yang terletak di Jalan Dato’ Hamzah itu dibina pada 1912 oleh BP Habbach of Britain.
Menggunakan batu bata sebagai bahan asas dan dilepa dengan simen sebagai kekemasan, berbentuk memanjang dan beranjung, mengambil reka bentuk bangunan British. Bagi kerangka atap, kayu digunakan. 
Atap bangunan menggunakan genting dan telah ditukar dan bangunan ini kini hak milik Kerajaan Negeri Sembilan.
Selepas pejabat kerajaan negeri berpindah ke Wisma Negeri pada 1987, bangunan itu menjadi pejabat Perbadanan Perpustakaan Awam negeri (PPANS). 
Projek mengubahsuai dimulakan pada 29 Mac 1988 dengan peruntukan kerajaan persekutuan melalui Jabatan Perpustakaan Negara dan siap pada Mei 1989, sebelum dibuka kepada orang ramai pada Ogos 1989.
Sebelum PPANS berpindah di Bangunan Wisma Umno di Jalan Dato' Sheikh Ahmad, ia sekali dibaik pulih di bawah peruntukan Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan.
Selain itu, Rumah Putih pernah menempatkan pejabat menteri besar.
Pejabat itu diduduki dari Menteri Besar Negeri Sembilan yang pertama, Tun Abdul Malek Yusof sehingga Menteri Besar Negeri Sembilan ke-9, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad. dari 1982-1997 sebelum pejabat Menteri Besar berpindah ke Wisma Negeri.
“Selama 15 tahun saya di situ sebelum pejabat pentadbiran kerajaan negeri berpindah ke Wisma Negeri.
“Saya yang memutuskan supaya bangunan itu menjadi perpustakaan negeri bagi memberi kemudahan kepada orang ramai berkunjung ke perpustakaan," kata Mohd Isa.
Bagaimanapun, katanya, keadaan sudah berubah dan persekitaraan dilihat tidak sesuai menyebabkan perpustakaan negeri berpindah ke bangunan lain.

Majlis peringati pahlawan
Bagi bekas Penolong Setiausaha Kerajaan Negeri (Bahagian Dewan dan Protokol), Datuk Amran Sameon, ketika perkhidmatannya sebagai pegawai kerajaan pada zaman Tan Sri Rais Yatim sebagai Menteri Besar, di Rumah Putih itulah menjadi pejabat sebagai menteri besar pada sekitar pertengahan 80an.
“Bangunan itu juga menjadi tempat saya bekerja. Banyak kenangan saya perolehi ketika bekerja di bangunan tersebut.
“Bangunan itu memang unik dengan reka bentuk kolonialnya yang menjadi tarikan kepada pengunjung dan pelancong luar pada hari ini,” katanya.
Selain itu, katanya, apa yang paling diingati satu majlis bagi memperingati pahlawan turut diadakan di hadapan bangunan itu.
“Di hadapan bangunan itu, setiap tahun kita mengadakan Hari Memperingati Pahlawan dengan turut dihadiri Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan pada masa itu.
“Itu sebabnya, jika semua orang melihat ada terdapat tugu peringatan di hadapan Rumah Putih ini,” katanya.
Beliau berkata, Rumah Putih ini mempunyai nilai sejarahnya tersendiri dan perlu dipelihara sebagai bangunan warisan.
"Sudah semestinya kenangan yang diperolehi pada zaman itu boleh diceritakan kepada generasi muda pada hari ini," katanya.

Diwartakan bangunan warisan
Pengarah Jabatan Warisan Negara Zon Selatan, Johar Kadir berkata, bangunan berkenaan telah diwartakan sebagai Akta Warisan Kebangsaan 2005 (Akta 645).
“Pada tahun 2006-2007 kerajaan negeri memohon peruntukan daripada Jabatan Warisan Negara untuk kerja-kerja konservasi terhadap bangunan tersebut, di mana pihak jabatan menyalurkan sejumlah peruntukan.
“Kerajaan negeri melantik Jabatan Kerja Raya (JKR) negeri sebagai pegawai penguasa bagi cadangan kerja pemuliharaan bangunan perpustakaan lama negeri sebelum perpustakaan berpindah ke tempat lain,” katanya.
Kurator Bahagian Pengurusan Muzium, Lembaga Muzium Negeri Sembilan, Aziz Mohd Gorip pula berkata, pihaknya telah membuat inventori terhadap bangunan tersebut.
“Tujuan inventori adalah untuk diangkat Jabatan Warisan Negara sebagai bangunan warisan untuk diiktiraf,” katanya.



Tuesday, February 9, 2016

Lagu-Lagu Nogori Sembilan Vol 7

Bila hutang bertingkat memang masalah, kalau duit betingkat selesai semuanya.


Duit banyak tapi tak mahu menjelaskan hutang itu tandanya dalam diri ada masalah. Jati diri dan integriti dah lari.






Sebuah lagu rakyat Bongai Si Cantik Manih