Al-Quran

Wednesday, October 22, 2014

Adat Dipakai Baharu Kain Dipakai Usang

Adat bersendi hukum
Hukum bersendi Kitabullah
Adat tak lapuk dek hujan
Tak lekang dek panas
Diinjak layu dicabut mati

Baru-baru ini di Luak Jelebu telah berlangsung satu acara adat Majlis Kerapatan Menampong Anak-Anak Buah Waris Menteri  YAM Dato' Menteri Sah Mangku Alam Raja Sari Hj Mat Tarmizi bin Selamat Pemangku Undang Luak Jelebu. Ianya telah dihadiri oleh Dato' Dato' Lembaga adat, ibu-ibu Soko dan anak-anak buah dari 'Perut 'yang berkaitan.

*Dari buku Negeri Sembilan Gemuk Berpupuk Segar Bersiram - Luak Jelebu.
Dato' Menteri adalah Tali Adat dan juga Lunas Lembaga dan Dato' Ombi sebagai Tali Pesaka mempunyai jurai yang sama disebabkan mereka adik beradik. Empat perut Dato' Menteri itu ialah:

1.Perut Meribung........................Gelaran Buapak -- To' Lela Raja
2.Perut Kampung Tengah............Gelaran Buapak -- To' Beremban
3.Perut Durian Daun....................Gelaran Buapak -- To' Amar Pahlawan
4.Perut Mengkan.........................Gelaran Buapak -- To' Dagang @ To' Siamar Dagang

Perut Dato' Ombi pula ialah:

1.Perut Larong Hulu.....................Gelaran Buapak -- To' Senara Sakti
2.Perut Teriang.............................Gelaran Buapak -- To'Imam Perang
3.Perut Larong Hilir......................Gelaran Buapak -- To' Lela Perkasa



Persiapan Alatan Adat

Diatas terdapat Tabir Lelangit dan dibawah Lebah Bergayut

Deta, Tilam Pandak, Tepak Sirih, Tikar Pandak Dan Tabir Lingkung

Pendaftaran Mengikut Perut

Sebahagian Anak Buah Waris

Anak dipanggil makan
Anak buah disorong balas




Kata diseru:
Dato' Menteri Sah Mangku Alam Raja Sari
Hj Mat Tarmizi bin Selamat Pemangku Undang Luak Jelebu

Banyak samo disuap sikit samo dicolek, orang memberi kita merasa buah tangan atau boko dari Dato' Menteri untuk anak buah supaya balik tidak berlenggang

Samo banyak samo moghaso

Setelah mustaid  dijambarkan hidangan



Kata perbilangan adat;
Bulat air kerana pembentung (buluh)
Bulat anak buah menjadi buapak
Bulat buapak menjadi lembaga
Bulat lembaga menjadi undang

#Tulisan ini secara ringkas sahaja, jika ada kemuskilan sila rujuk kepada pemuka adat yang lebih arif dan buku-buku berkaitan. Malu botanyo sosek jalan, sosek hujung jalan balik pangka jalan. Kok ado yang tak boto sila maklumkan kepada saya.