Al-Quran

Friday, September 26, 2014

Karnival Adat Perpatih Sempena Aku IP

6.9.2014 Aku ketingalan, sesampai di sini majlis sudah pun selesai kerana sebelumnya terpaksa menghadiri kenduri majlis cukur jambul dan marhaban di Serting. Oleh itu pengisian sebenar karnival ini tidak diketahui tapi ramai juga anak-anak muda yang hadir dan juga murid murid sekolah menengah yang berhampiran (SMKTBB). Muga dengan adanya acara seperti ini akan dapat memberi pendedahan adat,seni atau apa saja yang melingkungi budaya kita.









Oh...Setelah carian dibuat difahami bahawa Aku IP (Aku Ikon Patriotik) itu satu program realiti anjuran TV3 dan Biro Tata Negara Jabatan Perdana Menteri. Tunggu saja program ini ke udara November depan.

Nak toghang lai tengok kek sini.

Friday, September 12, 2014

Kembalinya Kerahmatullah Undang Luak Jelebu Ke 15

Undang Luak Jelebu Ke 15 Dato Hj Musa bin Wahab telah dimaklumkan meninggal di Hospital Tuanku Jaafar Seremban pada 11 September 2014.


Gambar-gambar di bawah pula bersumberkan dari teman FB; Mustafa Al Bakri





Gambar-gambar yang dibawah ini pula dari teman FB juga, Khalil Rahim






Manakala di bawah ini pula dari FB montoghi bosa negeri sombilan





Dari Allah kita datang kepadaNya jualah kita kembali. Barang sedikit tidak dilambat atau dipercepatkan.
Takziah.











Monday, September 1, 2014

Biskut Panjang

Kilang Roti Azan ada juga mengeluarkan beberapa biskut, satu darinya Biskut Panjang yang cukup terkenal di daerah ini. Biskut Panjang menjadi kegemaran sejak kecil dimakan diwaktu petang bersama air teh. Dahulu biskut ini hanya dibungkus dalam plastik merah kosong sahaja.
Roti Azan diiktiraf produk berinovasi