Al-Quran

Tuesday, November 3, 2009

Teruskan Berpesta Ke Bukit Jalil

[KEMASKINI]07 OKTOBER 2009
Sumber,






'Jaringan awal bakar semangat'


PEMAIN Negeri Sembilan, Shahurain Abu Samah meraikan kejayaan menjaringkan gol pertama pada minit ke-18 pada perlawanan akhir Piala Malaysia 2009 di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam tadi. - BERNAMA


KUALA LUMPUR - Jaringan awal beri kemenangan kepada Negeri Sembilan, perkara itu diakui oleh jurulatih, Wan Jamak Wan Hassan selepas pasukannya berjaya menjuarai Piala Malaysia menewaskan Kelantan 3-1 di Stadium Nasional, Bukit Jalil, semalam.

Bekas jurulatih kebangsaan itu berkata, hala tuju perlawanan di Stadium Nasional Bukit Jalil itu sudah dirasainya sebaik sahaja Shahurain Abu Samah menjaringkan gol pada minit ke-17.

"Corak permainan kami bertambah bagus apabila memperolehi jaringan awal, pemain terus bersemangat untuk memburu jaringan seterusnya," katanya pada sidang media selepas perlawanan, semalam.

Tanpa menghiraukan sorakan lebih 60,000 penyokong Kelantan anak buah Wan Jamak terus beraksi seperti biasa, malah mendapat jaringan kedua pada awal separuh masa kedua melalui jaringan Hairuddin Omar.

Disiplin yang tinggi juga menjadi faktor utama kemenangan pasukan Negeri Sembilan, walaupun penyokong Kelantan melontar objek dan mercun ke dalam padang ia langsung tidak mengganggu fokus mereka.

Statistik perlawanan



"Awal-awal lagi saya sudah menasihati pemain supaya sentiasa mengawal disiplin mereka dan ternyata mereka mengikutnya," katanya.

Kekebalan Shukor Adan di barisan pertahanan juga menjadi kunci utama kegagalan Kelantan menembusi kubu pertahanan Negeri Sembilan, pemain terbaik perlawanan akhir itu berganding baik dengan Aidil Zafuan Abd. Radzak.

Bagi B. Sathianathan pula, Negeri Sembilan berhak untuk muncul juara tetapi dia berbangga dengan prestasi yang dipamerkan oleh pemainnya.

"Selepas jaringan pertama dan kedua mereka (Negeri Sembilan) mula menunjukkan keyakinan dan pemain saya mula hilang tumpuan," kata bekas jurulatih kebangsaan itu.

Bagaimanapun Sathia yakin pemain muda yang diturunkan memperoleh pengalaman berharga dan yakin mereka mampu bangkit pada musim seterusnya.

"Saya bangga dengan pemain mereka mampu membawa pasukan sehingga ke peringkat ini dan kehadiran penyokong yang ramai bukan punca kami tewas, ia adalah kelebihan buat kami tetapi kemenangan berhak kepada Negeri Sembilan," katanya.



oOo HANTARAN TERDAHULU oOo



Nogori kita masih lai dalam mood berpesta, tapi pesta kali ini agak eh yang paling manih somanjak tahun 1948 kali terakhir nogori kita monang pesta bola. Maso tu piala HMS. Dalam maso kobolakang ini masok akhir tahun 2000 dan 2006 sekadar naib juara, kalau monang tu yang dikobakan manih tadi tu.

Somugo pasukan kita monang perlawanan bola Piala Malaysia hujung minggu nanti iaitu 7 Nov 2009 nanti Stadium Nasional di Bukit Jalil. Kek sesapo yang nak poi Bukit Jalil tu jangan lupo pakai baju kuning (bukan kempen Bersih) tapi sebagai sokongan kek pasukan kito.
Bulat air kerana pembontong,
bulat kata kerana muafakat.

Adat berkeluarga, keluarga dipertahankan
Adat berkampung, kampung dipertahankan
Adat bernegeri, negeri dipertahankan.
Kalau sepasukan, pasukan dipertahankan

Tapi dalam pada itu jangan lupo jago namo baik kito. Jago tingkah laku. Jangan salah tingkah nanti parah.