Al-Quran

Saturday, September 20, 2008

10 Terakhir Ramadhan

Hari ini umat islam telah pun memasuki fasa terakhir Ramadhan. Fasa ini dikatakan penuh dengan rahmat.Fasa dimana Al Quran mula diturunkan kepada junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w. Malam Lailatul Qadar malam seribu bulan, malam dimana malaikat dan Jibril turun dengan izin Allah membawa kesejahteraan hingga terbit fajar. Malam yang tiada tandingan tetapi tidak diketahui bilakah malam Lailatul Qadar itu berlaku. Tetapi Rasullullah telah membayangkan malam itu dan menasihatkan sepaya membuat persediaan.
Malam-malam yang ganjil itu sudah pastilah malam ini hingga keakhir bulan. Guru aku pernah mengatakan malam yang ganjil itu bermula pada malam 19 Ramadhan. Tentang bila bermulanya waktu Lailatul Qadar tak penting yang penting pengisian disepanjang bulan itu dilakukan dengan sempurna dan seikhlas mungkin.
Semua orang berhajat untuk bertemu malam Lailatul Qadar. Malam yang penuh hikmah yang dirahsiakan. Sesiapa yang menemuinya dianjurkan berdoa untuk kebaikan dan kesejahteraan dan keampunan. Anatar doa yang dianjurkan ialah,"Ya Allah, ya Tuhanku, sesungguhnya Engkau sentiasa memaafkan salah silap hambu Mu ini, Engkau lagi suka memafkan, oleh itu maafkan salah silapku".

Monday, September 1, 2008

01Ramadhan1429@01September2008



Selamat menyambut Ramadhan dan selamat berpuasa. Bersyukurlah kita diketemukan lagi dengan Ramadhan tahun ini. Semuga segala amalan bagi bulan yang mulia ini diterima Allah. Kerjakanlah dengan bersungguh-sunguh dan dengan niat yang satu, hanya kerana Allah. Bagi anak-anak cukuplah selama ini ibu dan ayah memberi 'upah' berpuasa seringgit dua itu. Ganjaran yang sebenar bukanlah RM. Sekiranya kita berpuasa banyak yang akan mendoakan kita umpamanya tempat tidur akan berdoa supaya kita diberkati dan dirahmati oleh Allah dan dengan niat untuk bersolat ia akan berdoa lagi supaya Allah memberi tempat tidur yang tinggi di syurga. Kiranya kita berpakaian, pakaian akan berdoa, sekiranya kita mengenakan sepatu, sepatu akan berdoa tatapkan tapak kaki dijambatan saratulmustakim. Allah maha besar pengetahuanNya, sekiranya kita berdoa Allah menerima,kita meminta Allah memberi, kita memohon keampunan Allah maha mengampuni. Tahniah dan Selamat Menyambut Ramadhan.